Monday, July 19, 2010

PULAU PANDAN jauh ke tengah

GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA

Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenan juga


PANTUN lama ini sering digunakan dalam bicara sebagai penutup kata. Maksud pantun ‘hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga’ menggambarkan tanda penghargaan, terima kasih dan segala jasa baik atau pertolongan yang dihulurkan. Selama ini difikirkan pembayang maksud pantun, Pulau Pandan dan Gunung Daik itu cuma rekaan, khayalan atau ilustrasi pencipta pantun Melayu, namun semuanya terhapus apabila melihat sendiri kewujudan kedua-dua objek itu secara fizikal di depan mata.Memang Pulau Pandan berada nun jauh di tengah laut, saiznya kecil dan dianggarkan ada kurang 10 batang pokok di pulau dipenuhi batu tanpa penghuni manusia. Sekadar cukup untuk bot kecil berteduh daripada ribut. Pulau kecil itu adalah sebahagian daripada 377 pulau yang membentuk wilayah Kabupaten Lingga dan hanya 92 daripadanya dihuni manusia. Di sebelahnya kelihatan banjaran tegap membentuk tulang belakang sebahagian daripada Pulau Daik Lingga bersebelahan Pulau Dabo Singkep, di kepulauan Riau Indonesia. Di banjaran itulah berdiri megah puncak Gunung Daik bercabang tiga. Hakikatnya, kewujudan pantun tradisi popular itu berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu Riau pada zaman dulu yang menggunakan jalan air sebagai laluan pengangkutan utama. Tambahan pula, Pulau Lingga adalah bekas pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Johor Riau Lingga, kesinambungan runtuhnya kerajaan Melayu Melaka.Sudah pasti suatu ketika dulu, laluan di situ sibuk dengan kapal pedagang dan aktiviti harian, jadi tidak hairanlah bijak pandai bahasa mencipta pantun berkenaan berdasarkan apa yang mereka lihat di sekeliling.Sekarang, laluan laut masih digunakan tetapi perjalanannya jauh lebih singkat kerana menggunakan feri atau bot laju, cuma empat jam dari Tanjung Pinang yang kedudukannya kira-kira tiga jam perjalanan feri dari Tanjung Stulang Laut, Johor. Peluang menyertai Program Perkampungan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) anjuran Gabungan Majlis Belia Melaka (MGBM) selama seminggu di Dabo Singkep, baru-baru ini, memberi ruang kepada penulis menjejakkan kaki ke Pulau Lingga melihat sendiri puncak gunung yang sering diagungkan itu. Gunung Daik itu dikategorikan sebagai gunung tidak aktif dengan ketinggian 1,165 meter dari aras laut. Walaupun dikatakan mempunyai tiga puncak, hanya kelihatan dua puncak yang ketara kerana satu lagi kedudukannya agak rendah dan sukar dilihat dari jauh.Pandangan dari udara lebih jelas kerana ia akan kelihatan seperti tiga titik membentuk segi tiga. Puncak paling tinggi digelar Gunung Daik, puncak kedua, Pejantan atau Pinjam Pinjaman dan puncak terendah, Cindai Menangis.Penjaga Mini Muzium Daik, Sulaiman Atan, 57, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Long menjelaskan, puncak Cindai Menangis sebelum ini dikenali sebagai Cindai Manis, tetapi selepas puncaknya runtuh atau patah, namanya ditukar Cindai Menangis.“Daik itu sendiri berasal daripada perkataan lebih baik. Ketika Sultan menyusuri Sungai Tanda, rombongan diraja menemui sungai yang lebih besar dan berkata, ini lebih baik. Perkataan lebih baik itu dikekalkan dan disingkatkan menjadi Daik.“Daik juga membawa maksud negeri baik penuh kedaulatan,” katanya.Setakat ini, tidak banyak ekspedisi mendaki puncak gunung itu yang diadakan. Jika ada, sekadar sampai ke tahap sebelum puncak kerana kedudukan menegak dan curam ketiga-tiga gunung berkenaan. Pada 1998, pernah dicatatkan satu pasukan dari Jakarta yang disertai pendaki Australia berjaya mengukur ketinggian sebenar puncak berkenaan selepas tiga hari mendaki dari Kota Daik. Pulau itu sendiri sebenarnya menyimpan seribu kenangan dan sejarah keturunan Melayu kerana sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Sultan dan waris keturunan kesultanan Melayu Melaka bersemadi di pulau berkenaan.Sebaik melepasi pintu gerbang ke Kota Daik, pasti pengunjung akan menemui Masjid Sultan Lingga yang didirikan oleh Sultan Mahmud Syah III pada awal 1801. Asalnya ia cuma boleh memuatkan 40 jemaah sebelum dibesarkan tanpa menggunakan tiang di tengahnya sebagai penyangga. Hasil seni bina Melayu itu mampu memuatkan 400 jemaah pada satu-satu masa. Kolam besar tempat mengambil wuduk masih kekal, cuma tidak digunakan. Di belakang masjid, ada 29 makam menempatkan ramai tokoh, termasuk Sultan Mahmud Riayat Syah III yang digelar sebagai Marhum Masjid.Makam Sultan Mahmud (1761-1812) dikelilingi tembok 1.5 meter diperbuat daripada bata lama. Baginda adalah pemerintah kerajaan Johor Pahang Riau Lingga XVI yang memindahkan pusat kerajaan dari Hulu Riau ke Daik Lingga pada 1787. Kesan tinggalan kerajaan MelayuPADA zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Johor Riau Lingga, pusat pentadbirannya terletak di Pulau Daik Lingga, Kepulauan Riau sebelum wilayah itu dipisahkan dan diletakkan di bawah jajahan Belanda manakala Johor serta Tanah Melayu dikuasai Inggeris. Kesan tinggalan sejarah pemerintahan kerajaan Melayu itu masih banyak yang melambangkan kegemilangan sistem beraja ketika ini. Antara tempat bersejarah menarik di sana yang terkenal dengan Gunung Daik bercabang tiga ialah bekas tapak Istana Dammah yang dibina pada tahun 1860 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857 - 1883). Bangunannya sudah runtuh, cuma tinggal kesan tapak serta struktur asas binaan bangunan bersama tangga batu yang diukir cantik yang masih kukuh. Ada dua tapak bangunan menempatkan dewan serba guna dan bangunan istana di belakang yang kini dikelilingi pokok hutan. Tembok pagar serta tembok menempatkan tempat pengawal di pintu istana masih kukuh serta terdapat satu binaan seolah-olah menempatkan air pancuran di ruang lapang berdepan tangga utama ke istana. Kini, sektor pelancongan Pulau Lingga mengambil inisiatif membina semula replika bangunan istana Dammah dan dewan mengikut struktur asal serta kedudukannya juga sama dengan menempatkan dewan di depan istana. Kira-kira 800 meter dari tapak istana Dammah, terdapat satu lagi kesan tinggalan sejarah menempatkan bekas tapak binaan bilik 44 Daik iaitu cadangan asal membina sebuah lagi istana mempunyai 44 bilik.Bangunan itu dicadangkan oleh Sultan Muhammad Syah (1831-1841) dan dibangunkan ketika pemerintahan Sultan Mahmud Muzaffar Syah (1832-1857). Mengikut perancangan asal, istana itu akan dijadikan tempat tinggal kerabat diraja serta dijadikan tempat simpanan pelbagai sumber negara.Saiz tapak bangunan itu dianggarkan 48 x 49 meter dan jumlah bilik yang berjaya disiapkan cuma 32 buah. Pembinaannya tergendala apabila Sultan Mahmud Muzaffar Syah dipaksa turun tahta kesultanan Lingga Riau pada 23 September 1857. InfoTiga puncak Daik:
Puncak Gunung Daik (paling tinggi)
Puncak Pejantan atau Pinjam Pinjaman (kedua tinggi)
Puncak Cindai Menangis (Cindai Manis) - (paling rendah). Tempat bersejarah di Daik Lingga:
Bekas Istana Dammah
Tapak Pondasi Bilik 44
Mini Muzium di Daik
Benteng Bukit Cenning
Benteng Kuala Daik
Kompleks Makam Temenggong Jamaluddin dan Datuk Kaya Montel di Pulau Mepar
Makam Yang Dipertuan Muda X, Raja Muhammad Yusuf (Makam Merah)
Makam Diraja di Bukit CengkehPulau Lingga:
Pusat pemerintahan dan pentadbiran Wilayah Kabupaten Lingga
45 minit perjalanan bot pancung dari Pulau Dabo Singkep.

Wednesday, July 14, 2010

Gambar2 terpilih JWSM Riau Indonesia







Didalam Makam Sultan



Masjid Raya Sulatan Riau a.k.a Masjid Putih Telur




Pintu Gerbang





Perigi @ telaga dibawah Balai Adat






Jeti Balai Adat







Pintu Utama Balai Adat








Balai Adat Melayu - menghadap laut











Didalam Balai Adat





Salah satu gerai jualan cenderahati bersebelahan kompleks Makam Sultan




"Becak Moto" satu2nya jenis pengangkutan darat yg terdapat di pulau ini...tiada kereta, tiada bas...konvoi ramai2 keliling pulau...yeeeehaaa !!




Taklimat & penerangan sejarah yang terdapat di Pulau Penyengat disampaikan oleh Saudara Bobby




Salah satu Makam yg terdapat di dalam Komplek Makam






Bot ke Pulau Penyengat




Lobi Hotel Furia



Bilik Penginapan




Pintu Masuk Hotel Furia



Kota Tanjung Pinang dengan gelaran "Kota Gurindam"




Dalam perut kapal








Maaf susun atur gambar tidak memuaskan...ada masa nanti gambar2 terbaru JWSM akan di update.........















...

LAPORAN JWSM RIAU INDONESIA

03 July 2010 - Sabtu

Menaiki kapal yg telah sedia menunggu di Johor tepat jam 1300 waktu Malaysia dan berlepas menuju ke Sri Bintanpura Tanjung Pinang, Kepulauan Riau Indonesia. Selama lebih kurang 3 jam berada di dalam perut kapal akhirnya jam 1600 bersamaan 1500 waktu Indonesia Barat (WIB) maka terjejaklah kaki peserta buat pertama kalinya dalam hidup mereka yang baru sampai ke Tanjung Pinang Riau ni....huhuhu...semua peserta teruja mengikut trip kali ni...belum sampai ke destinasi lagi dah abeh 3 roll gambo !!! hahaha...

Sementara aku 'menyettlekan' bilik penginapan peserta di Hotel Furia, semua peserta sedang menyebokkan diri di 'tempat tukar uang' bersebelahan banggunan hotel...xsabar2 nak jadi jutawan !!!

Setelah semua peserta dibahagi mengikut bilik & pasangan, maka beristirehatlah mereka dibilik penginapan masing2.... Jam 1700 WIB semua diarah berkumpul di lobi hotel bagi menjalani sessi pertama program iaitu " Program pengenalan & membiasakan diri dengan makanan tempatan & cara2 pengurusan wang yg berjuta-juta" hahahaha.....

Memandangkan semua peserta belum pernah sampai ke Kota Tanjung Pinang ni maka aku dan Bang Hadzir 'merekomenkan' mereka agar makan di restoran Nasi Padang yg terletak berhampiran dengan hotel penginapan kami...makan sendiri bayo sendiri, maka disinilah mereka mula belajar makan makanan Indonesia yg tak byk beza dengan masakan Malaysia dan bermulalah pelajaran seterusnya iaitu penggunaan Rupiah. Ada dikalangan peserta yg buat bayaran dgn gaya lagak ngerinya sambil mengeluarkan semua wang RP dan membuat seperti bentuk kipas ditangan dan menyuruh pekerja restoran tu yg memilih duit mengikut kadar bayarannya....hahahaha ( ni apa kes ni, pening ke sepinggan nasi berlauk pauk + Aqua = RP 40K !!! )

Seterusnya aktiviti bebas...memandangkan ramai yg telah kenyang & kepenatan maka ramai yg berehat dibilik.



04 July 2010 - Ahad

Setelah bersarapan pagi di hotel, semua peserta berkumpul di lobi bagi taklimat untuk aktiviti rasmi yg dirancang iaitu Lawatan Jejak Warisan Sejarah Melayu Riau. Program ni akan berlangsung separuh hari di Pulau Penyengat. Peserta akan menaiki bot dari Tanjung Pinang menuju ke Pulau Penyengat lebih kurang 15 minit perjalanan bot sehala. Pemandu pelancung yang ditugaskan bagi mengiringi peserta kali ini ialah saudara Bobby yang bertugas di pejabat Penerangan Pelancungan Kota Tanjung Pinang.

Di Pulau Penyengat semua peserta perlu menaiki "Beca Moto" iaitu satu2nya pengangkutan darat yg terdapat dipulau ini dan menjadi pengangkutan rasmi peserta sepanjang lawatan disini. Setiap "Beca Moto" boleh dinaiki seramai 2-3 org penumpang bergantung pd saiz badan penumpang !!! ( M & L 3org satu beca, XXXXL sorang satu beca !!! )

Peserta dibawa melawat ke Makam2 Raja / Sultan Riau & kerabat kemudian ke gerai jualan cenderahati seterusnya ke Balai Adat Melayu dimana satu ketika dahulu balai adat ini digunakan sebagai tempat persidangan Sultan2 seantero Nusantara. Balai Adat dibina menghadap Laut dimana terdapat dihadapannya satu jeti kecil tempat kapal2 Sultan berlabuh. Dibawah banggunan Balai Adat ini terdapat satu perigi lama yang masih baik terjaga dan air nya sungguh dingin dan jernih. Walaupun ianya terletak ditepi laut akan tetapi airnya tawar.... Setelah puas di Balai Adat peserta seterusnya dibawa mengelilingi kampung adat @ penempatan tradisional masyarakat setempat dipulau ini sambil menuju ke Masjid Sultan Riau atau dikenali dengan nama Masjid Putih Telur. Masjid yang terbina teguh di atas bukit ini sejak berabad lamanya masih elok dan digunaka pakai sehingga ke hari ini. Uniknya masjid ini ialah seni pembuatanya dan masjid ini menggunakan putih telur sebagai ganti kepada simen yang dibancuh bersama pasir dan kapur. Dimasjid ini juga masih tersimpan rapi naskah Al-Quran lama yang di tulis tangan oleh seorang Syeikh yang dtg dr tanah arab bagi menyebarkan ajaran Islam di kepulauan Riau. Di halaman masjid terdapat dua wakaf besar bagi membolehkan para pengunjung berehat sambil menikmati pemandangan sekeliling luas laut & sebahagian Pulau Penyengat. Peserta di jamu dengan jamuan ringan berupa kueh tradisional melayu & air minuman. Penduduk di pulau ini sungguh ramah & mesra. Penduduk disini masih lagi menjaga & mengamalkan gaya hidup, tradisi, seni, makanan & mereka disini menggunakan BAHASA MELAYU sebagai bahasa pertuturan sesama mereka. Sebelum berakhirnya lawatan peserta berpeluang menyaksikan sekumpulan anak muda lelaki tempatan yg sedang berlatih tarian zapin bersama kumpulan muzik tradisional zapin di laman budaya..

Setibanya di Kota Tg. Pinang peserta dibawa melawat ke sekitar pekan Tg. Pinang bagi sessi memperkenalkan kawasan2 @ tempat2 membeli belah ( salam perkenalan sahaja,xshopping lagi ) antaranya di Bazar jalan pasar & lorong kulit, Bintan Mall, Ramayana Mall & Bestari Mall. Setelah berjam2 memenatkan diri mentawaf kawasan2 tersebut peserta dibawa menjamu selera ke Rumah Makan Lesehan Sri Gading Semarang Jalan Sukarno-Hatta dengan menaiki Angkutan Kota... Menu Utama : Nasi + Ayam penyet Goreng + Ayam Penyet Bakar Madu + Lele Goreng ( ikan keli ) + Sop Daging / Tulang Sapi + Tempe & Taufu goreng + Ulam & Sambal + Jeruk Peras & Lemon Jus = RP 482000.... Berbaloi...

Pada malam harinya pula peserta dibawa menjamu selera di Melayu Square yang terletak di tepi pantai. Menu malam ini Siput Gondang, Kerang Bakar, Otak2, Sate Kambing, Bakso, dan ntah apa-apa lagi ntah...



05 July 2010 - Isnin

Hari ni aktiviti bebas untuk semua peserta. Tidak ada agenda rasmi dari penganjur. Penganjur akan merehatkan diri hari ini....Laporan yg aku terima, seawal pagi sesudah jer sarapan di hotel semua peserta telah keluar untuk pergi membeli belah di tempat2 yg telah diperkenalkan semalam...Kebanyakan kedai masih belum dibuka lagi tetapi ada peserta yg dah tunggu depan kedai dan sama2 menolong peniaga tu membuka pintu kedai & menyusun barang... ( kuat gila...depa ni dah pendam dari hari datang lagi !!! ) Dari pagi sampai la ke petang semuanya sebok memborong. Al-maklum la, jutawan la katakan... Walau bagaimana pun,mereka2 ni aku tak lepaskan macam tu jer. Walau pun kat sini aman, xde pencopet, org tempatan yg ramah tamah mereka2 ni tetap aku hantar penjaga agar keselamatan & keselesaan mereka terjamin. Sungguh pun aku xbersama mereka tetapi 'Jin' aku ada bersama mereka. Kesian kat 'jin' aku ni, bukan sekadar jaga mereka2 tetapi kena jadi pembawa barang2 yg depa borong..ish...ish..ish..tapi xpe,mereka2 bagi upah kat 'jin' aku nih...mereka2 sayang & suka kat 'jin' aku ni...baru korang tau....hahahaha...( pasal cerita 'jin' ni aku xmau tulis lebih2. Kalau sape2 nak tau tanya la sendiri pada peserta2 yg joint trip ni...)

Malam ni ada Special Dinner disediakan penganjur utk peserta. Malam terakhir. Venue menarik tepi laut kat area Batu 4 ( kalau xsalah aku la...lupa la.. ) Makan malam ni sungguh istimewa. Open Air, sambil makan peserta di hiburkan secara 'live' oleh artis2 tempatan. Kebetulan meja yang ditempah disediakan betul2 dibahagian paling hadapan pentas. Kehadiran kami malam itu di war2kan oleh penyanyi diatas pentas & mendapat tepukan gemuruh dari semua tatamu yang ada disitu pada masa tersebut. Viva Malaysia !!!
Menu Dinner : Ikan merah masak asam pedas + Ikan Merah Sweet Sour + Ikan Sos 3 rasa + Ketam masak rempah + Cumi2 + sayur campur + Nasi & Jus Oren....



06 July 2010 - Selasa

Hari ni hari terakhir. Check Out jam 1200 WIB. Ada yg mengambil kesempatan utk menyambung beli belah sebelum waktu daftar keluar hotel. Bila tiba saat berangkat meninggalkan Hotel....punya la aku terkejut.....kenderaan yg disediakan oleh pihak Hotel ( MPV ) utk menghantar peserta ke Terminal berlepas tidak dapat dinaiki oleh peserta kerana sarat dengan muatan barang2 yg dibeli sepanjang berada di Tg. Pinang... Semua peserta sepakat utk berjalan kaki ke Terminal dr hotel memandangkan duit RP nya sudah habis bagi menyewa kenderaan lain. Itu pun ada yg menjinjing beg sambil berjalan kerana kenderaan sudah tidak lagi muat dgn brg2 yg diisi ke dalamnya. Sekali lagi 'jin' aku digunakan utk membawa brg2 mereka yg xmuat dlm kenderaan tersebut.


Akhir kata dari penganjur.....

Apa pun aku tabik spring kat semua peserta kerana sungguh berdisiplin tinggi bagi mematuhi arahan masa yg ditetapkan sepanjang program. Setiap kali suruh berkumpul mesti mereka2 yang tunggu aku...xpernah aku sampai dulu dr peserta. Selalunya aku akan hadir ke tempat berkumpul 15 minit lebih awal dari masa yg aku tetapkan tetapi setiap kali bila sampai semua peserta mendahului aku....pelik...mengapa mereka sungguh berdisiplin ??? adakah mereka takut pada aku ??? aku tak pernah tanya mengapa mereka lebih awal dr aku...tapi aku rasa agak segan la sebab aku penganjur & mereka xpernah marah @ kutuk aku setiap kali depa yg sampai awal dari aku....

Sepanjang perjalanan balik dari Riau ke Ipoh aku xhenti2 berfikir dan muhasabah diri....sungguh aku tertanya mengapa mereka2 terlalu mematuhi masa ??? bukan 10 minit @ 15 minit mereka awal dari aku, tapi satu jam awal dari aku setiap kali arahan diberikan....

Sebelum aku melelapkan mata pada malam hari tu, aku mendapat jawapanya.....huhuhuhu....
mengapa la korang semua ikut waktu Malaysia bila berada kat Indonesia ??? Kan aku dah pesan setting jam korang semua ikut WIB, semua arahan masa dlm WIB.....huawaaaaaaaaa.....

tammat