02 March 2011
XPDC mendaki puncak Gunung Jerai, Kedah telah diadakan bagi memenuhi slot latihan persediaan sebelum berlangsungnya XPDC menawan puncak Gunung Korbu & Gayong yang dijadualkan bermula pada 23 hingga 26 march 2011.
XPDC Gunung Jerai telah disertai seramai 18 orang peserta bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada kurang lebih jam 5.00 petang hari yang sama. Pendakian naik dan turun bermula pada trek yang sama iaitu trek tangga batu yang dikenali sebagai tangga 1500.
Ringkasan...
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan.
Mempunyai ketinggian 1,217 meter. Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja. Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Asal usulKedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
Cara ke sana
- Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel kecil di sana. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
- Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
- Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.
Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.
1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.
*Sumber Persatuan Kembara Negara
Kisah Misteri Gunung Jerai > Klik > http://kedah2u.com/angker/misteri-penghuni-gunung-jerai.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SitiBalqisdisorokdiGunungJerai/Article
http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=17
No comments:
Post a Comment