Sunday, March 6, 2011

Eksplorasi Puncak Terowong Menora

PESERTA ETM 2011

Permulaan pendakian


Terowong arah Utara


Rehat di "Bukit Penat"


Menuju " Bukit 3 Beradik "


Hutan tebal disekeliling Terowong Menora


" Utamakan Keselamatan " sekiranya tidak, padah mengundang !!!


" Trip Mencako Tanah " kata Pak Yob....


R . E . F . O . R . M . A . S . I !!!!!!!!


Pejabat & Menara Kawalan Operasi Terowong Menora PLUS Berhad

Eksplorasi Terowong Menora anjuran KSRKPLUS Malaysia Caw. N5 dengan kerjasama Pejabat PLUS Seksyen N5, PROPEL N5, Operator Terowong & XTG telah berjaya dilangsungkan pada pagi 26 Feb. 2011 dengan jumlah penyertaan seramai 23 orang.


Hujan turun diawal pagi.... membuatkan perjalanan program terpaksa ditunda sehingga hujan berhenti sekitar jam 1000 pagi. Setelah selesai taklimat pendakian & langkah2 keselamatan disampaikan dengan iringan doa program Eksplorasi Terowong Menora pun dimulakan.


Hampir 2 jam 30 minit berhempas pulas memerah kudrat, merangkak, meniarap & berbagai2 aksi erotik yg dipersembahkan akhirnya semua peserta berjaya sampai di puncak...
Dipuncak ini terdapat satu kesan "Trek balak" yang sudah tidak digunakan lagi. Dipercayai pada sekitar lewat tahun 80an terdapat aktiviti pembalakan dihutan ini. Dari puncak ini juga terdapat satu trek yang mana boleh keluar ke Sungai Siput & Kuala Kangsar.
Hutan ini juga mempunyai banyak tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekur Hutan, Hempedu Bumi & banyak lagi selain itu hutan ini juga dihuni oleh Pelanduk, Napoh, Landak, Kambing Gurun & banyak lagi seperti yang pernah dijumpai oleh mereka2 yang sering mendaki ke hutan ini...


Perjalanan turun ke tempat permulaan mengambil masa selama 1 jam 30 minit kurang lebih. Perjalanan turun yang agak curam membuatkan pergerakan turun adalah perlu berhati2 & agak perlahan.


Semua peserta berjaya menghabiskan Eksplorasi ini dengan jayanya dan kenangan serta pengalaman yang begitu bermakna sekali....


Tahniah dan terima kaseh kepada semua yg menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa anda semua program ini mungkin tidak akan terlaksana !!!

No comments:

Post a Comment