OUTDOOR & SPORT MANAGEMENT Hiking-Climbing-Tracking-Orienteering-Mountain Biking-Camping-Waterfall Trip-Kayaking-Event Management-Sport Management-Fitness Program-Training Course-Team Building
Monday, August 30, 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA & MESYUARAT AGONG XTG
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE 53
SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA WARGA NEGARA MALAYSIA YANG BERTUAH LAGI AMAN DAN DAMAI INI. SUDAH 53 TAHUN NEGARA MENCAPAI KEMERDEKAAN DAN KINI KITA SEDANG MENIKMATI KEJAYAAN, PEMBANGGUNAN, KEMAJUAN DAN KESENANGAN DI DALAM SEBUAH NEGARA YANG BERBILANG KAUM YANG BEBAS MENGAMALKAN AJARAN AGAMA, FAHAMAN POLITIK & MELANGSUNGKAN RUTIN HARIAN TANPA SEBARANG SEKATAN. NEGARA YANG MERDEKA INI HARUS KITA PERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KEMAKMURANNYA....
SYUKUR DENGAN APA YANG KITA NIKMATI HARI INI HASIL PERJUANGAN YANG MEMPERTARUHKAN DARAH DAN NYAWA ORANG-ORANG TERDAHULU BAGI MEMASTIKAN KELANGSUNGAN HIDUP YANG AMAN DAMAI UNTUK WARIS YANG DITINGGALKAN.
AL-FATIHAH BUAT PEJUANG ISLAM NEGARA YANG TELAH GUGUR DI LAPANGAN PERJUANGAN DAN MEDAN PEPERANGAN BAGI MEMASTIKAN KEMERDEKAAN NEGARA TERCAPAI. AMIN....
Tuesday, August 17, 2010
NEW BORN
TAHNIAH & SELAMAT MENERIMA KEHADIRAN ORANG BARU DALAM KELUARGA BUAT KONCO XTG IAITU SAUDARA WAN DOLL DIATAS KELAHIRAN ANAK LELAKI YANG KE TIGANYA....
DIKHABARKAN ORANG RUMAHNYA SELAMAT MELAHIRKAN ANAK TERSEBUT DIHOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN IPOH PADA 16 OGOS 2010 ( MASA TIDAK DIMAKLUMKAN ).
KAMI DI XTG MENDOAKAN SEMOGA ANDA AKAN MENJADI BAPA YANG CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG BAGI MEMBESARKAN 3 PUTERA ANDA....
TAHNIAH !!!!
Thursday, August 12, 2010
AKTVT BULAN OGOS ( RAMADHAN )
Berikut adalah jadual aktiviti XTG bagi bulan Ogos 2010 / Ramadhan. Kepada yg berminat utk menyertai program @ aktiviti yg telah dirancang, sila mendaftar segera. Anda semua adalah dijemput......
13 Ogos / 3 Ramadhan
Program " Singgah Berbuka " (rumah yg terpilih sahaja)
- Berbuka Puasa
- Penyampaian Sumbangan
- Solat Terawih
13 - 15 Ogos / 3 - 5 Ramadhan
Proram Pemantapan Ramadhan
- Tasik Banding, Perak
* tempat terhad !!!
16 Ogos / 6 Ramadhan
Majlis Berbuka Puasa XTG & The Geng
- Restoran Pondok Padang @ Restoran Ayam Penyet
- Bayaran belum di tetapkan
20 & 21 Ogos / 10 & 11 Ramadhan
Program " Singgah Berbuka " (rumah yg terpilih sahaja)
- Berbuka Puasa
- Penyampaian sumbangan
- Solat Terawih
26 Ogos / 16 Ramadhan
Majlis Berbuka Puasa bersama Staff IPU / N5
- Plaza IPU
- Tazkirah Ramadhan
- Majlis Berbuka
- Solat
30 Ogos / 20 Ramdhan
Sambutan Ambang Merdeka @ Plaza IPU
- Bacaan Yassin
- Tahlil & Doa Selamat
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan
MARHABAN YA RAMADHAN....
KEPADA SEMUA SAUDARA MARA, RAKAN TAULAN, KONCO KONCHO XTG, PENGIKUT, PENGUNJUNG, RAKAN2 BLOG & SELURUH UMAT ISLAM YANG MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK YANG MULIA INI. PENGHULU SEGALA BULAN...BULAN YANG PENUH BAROKAH DAN PENUH KEMULIAAN. SELAMAT MENYAMBUT DAN MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN SEPENUH PENGHAYATAN BAGI MENCARI KEREDHAAN DAN KEAMPUNAN DARI YANG MAHA PENCIPTA.
SAYA MEMOHON KEAMPUNAN DAN MAAF DIATAS SEGALA SALAH DAN SILAP SEPANJANG PERKENALAN KITA DI DUNIA NYATA DAN DI DUNIA SIBER INI....
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
*Hadith dipetik dari darulnuman.com
Wednesday, August 4, 2010
EKSPEDISI BERAKIT SUNGAI PERAK
MAKSAK MALAYSIA 2010
TARIKH : 28 - 31 JULAI 2010
MULA : KUALA KANGSAR
TAMAT : PASIR SALAK
- 1200 - 1500 : Pendaftaran Peserta di Pusat Rekreasi Jab. Pengairan & Saliran Kuala Kangsar, Perak ( PRJPS )
- 1530 : Taklimat Program oleh Ketua Teknikal Program
- 1700 : Program Keyakinan diri dalam air & bengkel asas rakit / kayak
- 2030 : Makan Malam bersama Pegawai Daerah Kuala Kangsar di PRJPS
29 JULAI 2010 / JUMAAT
- 0530 : Persiapan diri / Solat Subuh / Senaman & Sarapan
- 0800 : Pelepasan Peserta Program Ekspedisi Berakit MAKSAK Malaysia menuju destinasi pertama iaitu Cempakasari, Parit Perak ( 44 KM )
- Check Point - Manong - Makan / Solat
- 1700 : Dijangka sampai ke Cempakasari
- 1930 : Solat & Bacaan Yasin di Masjid Pekan Parit / Makan Malam
*Penginapan = Perkhemahan di Cempakasari
30 JULAI 2010 / JUMAAT
- 0530 : Persiapan diri / Solat Subuh / Senaman & Sarapan
- 0930 : Program Komuniti Parlimen Parit - Acara Sukaneka bersama Anak-Anak Yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Yayasan Al-Biat Parit, Perak
- 1100 : Program bersama YB Nizar B. Zakaria Ahli Parlimen Parit & Majlis Penyampaian sumbangan dan hadiah kepada Anak-Anak Yatim / makan tengahari / Solat Jumaat
- 1430 : Pelepasan Peserta Program Berakit ke destinasi seterusnya dari Cempakasari ke Bota, Perak ( 22 KM )
- 1830 : Dijangka sampai ke Bota
- 1930 : Solat / Makan Malam
*Penginapan = Perkhemahan di Pusat Ko-Korikulum Lambor Kanan
31 JULAI 2010 / SABTU
- 0530 : Persiapan diri / Solat Subuh / Senaman & Sarapan
- 0900 : Pelepasan Peserta Program Berakit ke destinasi terakhir dari JPS Bota - Pasir Salak, Perak ( 30 KM )
- Check Point - Makan / Solat
- 1500 : Dijangka Sampai ke Pasir Salak, Perak / Kemas peralatan berakit & kayak / Taklimat / Rehat / Solat
- 2030 : Majlis Ramah Mesra & Makan Malam serta Penyampaian Sijil kepada Peserta Program Berakit oleh Dato' Seri Dr. Abdul Rahman B. Hashim - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
*Penginapan = Chalet Pasir Salak Resort
01 Ogos 2010 / AHAD
- Peserta bersurai ke destinasi negeri masing-masing.....