Sunday, August 14, 2011

XTG @ Jiwa Murni Ramadhan ~ Nasi Minyak & Gulai Dalca











Salam Ramadhan...

Nasi Minyak & Gulai Dalca Daging ini diedarkan secara percuma kepada muslimin & muslimat setiap hari sepanjang bulan Ramadhan tahun ini (menu yang sama setiap hari). Mula diedarkan selepas solat Asar dan kepada para tamu diminta membawa bekas simpanan makanan anda sendiri...

Semoga Allah melimpahkan rezeki buat mereka yang telah menghulurkan dana bagi melangsungkan program ini setiap tahun...

Marhaban Ya Ramadhan

XTG @ Jiwa Murni Ramadhan ~ Bubur Lambok







Acara tahunan yang mendapat sambutan dari orang ramai. Sepanjang Ramadhan tahun ini, Bubur Lambok ini akan di masak setiap hari Selasa & Khamis sahaja dan diedarkan secara percuma kepada muslimin & muslimat. Mula diedarkan sekitar jam 3 petang. Kebiasaanya tidak sampai 30 minit Bubur Lambok sebanyak 2 @ 3 periuk besar ini akan habis di edarkan... Rata2 orang ramai yang datang mengambil Bubur Lambok ini tidak lokek menghulurkan wang sedekah bagi menambah dana yang sedia ada..

Marhaban Ya Ramadhan....

SALAM RAMADHAN




Salam kepada semua CREW, Konco-koncho, Pengikut, Teman2 & Pengunjung blog... Masih belum terlewat untuk XTG mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak yang pebuh Barokah ini....

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Marhaban Ya Ramadhan.....