Saturday, June 1, 2013

SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANAK FELDA YANG BERJAYA MENAWAN PUNCAK EVEREST







KUALA LUMPUR - Enam daripada tujuh pendaki Everest Felda 2013 berjaya mengharumkan nama negara apabila menakluk puncak tertinggi dunia, Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut semalam.

Mereka yang berjaya menakluk puncak tersebut ialah Myrza Fasha Md. Hamyrudin, Mohd. Nasuha Shamsuddin, Mohd. Hafizudin Ibrahim, Mohamad Asyraf Mohd. Halim, Zainudin Lot dan Muhammad Illaham Ishak,.

Menurut sumber, pendaki termuda Mohd. Nasuha, 21, menawan Gunung Everest pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal (10.46 pagi waktu Malaysia).

Ini diikuti Mohamad Asyraf, 25, pada pukul 8.48 pagi (11.03 pagi) dan Muhammad Hafizuddin, 22, pada pukul 9.11 pagi (11.25 pagi).

Jurulatih mendaki, Zainudin, 37, pula tiba di puncak tersebut pada pukul 10.16 pagi (12.31 tengah hari), Myrza Fasha pada pukul 10.30 pagi (12.45 tengah hari) dan diikuti seorang lagi jurulatih, Muhamad Illaham pada pukul 11 pagi (1.15 petang).

Sementara itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengucapkan tahniah kepada enam pendaki tersebut kerana berjaya mengharumkan nama negara dan Felda khususnya.

Beliau berkata, latihan dan penat lelah mereka nyata tidak sia-sia kerana usaha itu menunjukkan potensi yang ada dalam diri rakyat Malaysia jika diberikan latihan dan peluang yang sesuai.

"Tahniah kepada anak-anak Felda yang berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest, kami akan menanti kepulangan mereka kelak," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd. Nasuha dan Myrza Fasha berasal dari Felda Tersang 3 di Raub, Pahang manakala Mohamad Asyraf dari Felda Lok Heng Timur di Kota Tinggi, Johor dan Muhammad Hafizuddin dari Felda Chini Timur 1, Pahang.

Ekspedisi anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda dan Felda Global Venture Holding (FGVH) itu disertai 12 lagi pendaki sokongan terdiri daripada tujuh anak Felda dan lima pendaki KE7B.

Ekspedisi yang disertai oleh Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles dan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin selaku Ketua Ekspedisi itu bermula pada 2 April lepas. Mereka dijadual pulang ke tanah air pada 1 Jun ini.

Artikel : Akhbar KOSMO.

Thursday, February 14, 2013

PENDAKI MAUT DI GUNUNG TAHAN, PAHANG

PENDAKI GUNUNG TAHAN MAUT AKIBAT SESAK NAFAS


KUANTAN 14 Feb. - Seorang pendaki dilaporkan mati malam tadi selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan dekat Kuala Lipis.

Mangsa menyertai pendakian bersama 23 pendaki lain sejak Isnin lalu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan, mangsa yang berusia 35 tahun itu disahkan meninggal kira-kira 9.30 malam.

"Pihak bomba dimaklumkan tentang kejadian pada pukul 8.45 pagi tadi. Usaha untuk membawa turun mayat mangsa sedang diusahakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk berhubung dengan pasukan pendaki itu berikutan cuaca buruk.

"Helikopter bomba gagal memasuki kawasan hutan berkenaan berikutan hujan lebat. Semua pendaki telah diarahkan turun mengikut jalan darat.

"Hanya dua pendaki ketika ini berada di Kem Belumut bersama jenazah.

Operasi menggunakan helikopter bagi membawa mayat mangsa keluar dari kawasan hutan mungkin hanya dapat disambung esok pagi," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Daerah Lipis berkata, pihak polis juga sedang mendapatkan butiran lanjut berkenaan kumpulan pendaki itu serta identiti mangsa.

"Pihak polis menerima maklumat tentang kejadian kira-kira 11 malam tadi.

Bagaimanapun operasi untuk membawa keluar semua pendaki itu mengalami kesukaran berikutan hujan lebat serta kedudukan mereka yang jauh di dalam hutan," katanya. - BERNAMA


LEPAK SANTAI DI PAGI SABTU


"SEGAR DARI LADANG"



KELUARGA BAHAGIA...



KAUNTER BAYARAN SAMAN KER ????

LEPAK SANTAI

SALAM 1 MALAYSIA....

Hampir dua bulan tidak menulis di blog. Kekangan masa dan aktiviti membataskan utk update blog.
Kepada rakan2, pengikut, konco-konco dan semua pelawat blog terima kaseh atas sokongan yang diberikan selama ini.



BOLEH CUBA, TAPI RISIKO TANGGUNG SENDIRI...



SURVIVAL... Tidak hanya di hutan belantara, kini boleh didapati dan dinikmati di tengah hutan batu...



AIR APAKAH INI ???



KEPADA PENDAKI GUNUNG DAN MEREKA YANG GEMAR MELAKUKAN AKTIVITI PERKHEMAHAN DI HUTAN...JANGAN LUPA UNTUK MEMBAWA BERSAMA "BENDA" INI..SEDAP TERLAJAK TUUUU !!!!



GO...GO..GO... POWER RANGERS !!!



SELEPAS MAKAN JANGAN LUPA GOSOK GIGI !!


Sunday, December 23, 2012

Lembaran Baru 2013





Salam 1 Malaysia.

2012 bakal melabuh tirainya dan akan berganti dengan lembaran baru 2013. Begitu banyak kenangan pahit manis akan ditinggalkan dalam lipatan tirai 2012. Semoga yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan tauladan dan diperbaiki agar 2013 menjadi yang terbaik dari sebelumnya.