Saturday, October 23, 2010

PARAMOTOR




























DEMO


SEMPENA HARI PERKHEMAHAN PERDANA


SEKOLAH KEBANGSAAN PAKATAN JAYA, IPOH.

Sunday, October 17, 2010

KSRKPLUS MALAYSIA RN3 @ BRINCHANG







Penemuan tapak ini ketika perjalanan turun dari puncak. Penemuan tapak ini disedari oleh Badong dan kami merahsiakan dari pengetahuan peserta kerana dikhuatiri jika diketahui umum, perjalanan turun ke 'starting point' akan memakan masa sepantas kilat dan ini akan menyukarkan kami mengawal keadaan.... wakkaakakaka...






Puncak Gunung Brinchang - 6666ft USL



Sempadan antara dua negeri. PERAK - PAHANG diatas puncak Gunung Brinchang






Peserta ini mengalami kecederaan dada & bahu. Terjatuh ketika menuruni kawasan berakar. Kecederaan tidak terlalu serius memandangkan mangsa masih mampu menyuap nasi ke mulut sendiri...




Peserta ini pula mengalami kecederaan di bahagian kaki. Kejang & terseliuh. Setelah di picit2 oleh rakan2nya... kecederaan beransur pulih. Di laporkan pada sebelah malamnya peserta ini telah pergi ke rumah urut refleksologi & spa cameron Highland bagi memulihkan urat saraf & naik seri wajah....





MAIN SOROK2 TELOR NAGA... Sejenis 'game' yang jarang2 dimainkan oleh pendaki2 gunung ketika di hutan belantara..



Pihak urusetia cuba memperdaya para peserta dengan cubaan membuka 'KASINO TANAH'. Setiap peserta yg ingin menyertai perlu membayar sejumlah wang & peserta akan diberi sebanyak 10 getah bulat dan perlu membaling getah tersebut ke batang lidi yg dipacakkan di tanah. Getah bulat tersebut hendaklah tersangkut @ tergantung di batang lidi tersebut... Pertaruhan melibatkan wang ribuan ringgit tanpa pemenang itu telah mendatangkan keuntungan kepada pihak urusetia.


Antara peserta yang kalah ratusan & ribuan ringgit di KASINO TANAH... Menyesal tak sudah kerana duit untuk beli sayur, bunga, teh boh & strawberi dah dihabiskan untuk pertaruhan game yang tak masuk akal tu.....



Ada peserta yang kalah di KASINO TANAH tidak dapat menerima kenyataan. Kerana terlalu kecewa dan penyesalan yang teramat sangat ada yang cuba mengugut untuk menjadi kayu api.... tetapi dapat di tenangkan oleh pihak urusetia dgn seribu satu janji manis....





Seorang peserta (baju hitam) merusuh dgn cubaan memanggang urusetia (baju biru) kerana tidak berpuas hati terhadap urusetia yang mengenakan bayaran lain untuk menikmati hidangan makan malam & BBQ.





Urusetia bahagian dapur (masakan) bertungkus lumus menyelamatkan barang2 & peralatan ekoran perusuh yang cuba membakar kawasan dapur kerana tidak berpuas hati terhadap layanan yg diberikan urusetia sepanjang program.... muahahaaha...



Kelihatan seorang peserta ( mencangkung tepi khemah ) sedang menanam periuk api.










09 Okt. 2010 XTG telah bertanggungjawab merealisasikan hajat & harapan KSRKPLUS Malaysia cawangan RN3 untuk menawan puncak Gunung Brinchang, Cameron Hignland Pahang. Disertai seramai 40 orang peserta iaitu 31 orang sebagai pendaki, baki 9 orang bertindak selaku urusetia masakan (makan & minum) yang bertapak di lokasi Perkhemahan Sungai Pauh, Tanah Rata Cameron Highland. XTG telah menghantar seramai 6 orang anggota termasuk anggota baru yang sedang menjalani minggu orientasi bersama XTG.
Pendakian yang bermula pada sebelah pagi telah berakhir dengan jayanya pada lewat petang hari yang sama tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Semua peserta bekhemah & bermalam di tapak perkhemahan Sungai Pauh. Pada sebelah malam telah diadakan beberapa permainan disamping menjamu selera dengan hidangan makan malam yang menyelerakan beserta BBQ ayam & sosej.
Hari ke dua 10 Okt. 2010 setelah bersarapan pagi semua peserta di bawa melawat ke MARDI AGRO TECH PARK seterusnya ke kilang TEH BOH dan membeli cenderahati, sayur, buah & bunga di KEA FARM sebelum berlepas pulang ke distinasi masing-masing.
Di kesempatan ini XTG ingin mengucapkan jutaan terima kaseh kepada KSRKPLUS RN3 kerana sudi menggunakan khidmat dari pihak kami. Ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap dari segi perbuatan dan perkataan sepanjang XTG mengendalikan program ini. Harap berjumpa lagi di lain program & aktiviti.