Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Kursus Asas & Pengenalan Selam Skuba




XTremeGeneration XTG dengan kerjasama BOTTOM CITY Dive Centre buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Kursus Asas & Pengenalan Selam Skuba buat mereka yang berminat & ingin mencuba aktiviti selam... Kepada yg berminat, sila daftar segera !!!!


Tarikh : 17 Sept. ~ 18 Sept. 2011

Tempat : BOTTOM CITY Dive Centre,UK & Kolam Renang Dewan
Bandaraya Ipoh ( DBI ) Perak.

Yuran : RM 250.00 seorang


Hari 1 ~ 17 Sept.
1430 : Pendaftaran peserta di BOTTOM CITY Dive Centre UK
1500 : Sessi kelas Pengenalan / Teori oleh jurulatih selam skuba BOTTOM
City.
- Peralatan selam
- Pengendalian peralatan
- Teknik2
- Undang2
- Tayangan gambar & video
- Soal Jawab
2000 : Jamuan Ringan & Bersurai

Hari 2 ~ 18 Sept.
0800 : Pendaftaran peserta di Kolam Renang DBI
0830 : Senaman
0900 : Taklimat lanjut dan Latihan Amali oleh jurulatih
- Pengagihan kumpulan serta peralatan selam
- Perserdiaan & penyesuaian peralatan selam oleh setiap peserta
- Pemeriksaan oleh jurulatih
- Perlepasan peserta menyelam mengikut kumpulan & jurulatih
1300 : Rehat
1430 : Sambung aktiviti selam bagi kumpulan berikutnya
1630 : Aktiviti tamat ~ Penyampaian Sijil Penyertaan / Jamuan Ringan &
Bersurai

* Susun atur jadual serta masa tertakluk kepada perubahan mengikut kesesuaian & jumlah penyertaan.


Yuran pendaftaran adalah meliputi :
- Kelas Pengenalan Asas selam skuba oleh jurulatih berkelayakkan
- Jurulatih
- Nota
- Sewa peralatan selam skuba
- Kemudahan kolam renang DBI
- Sijil Penyertaan
- Insuran berkelompok
- TShirt Program
- Jamuan ringan

* Penyertaan adalah terhad. Kepada yang berminat, sila sahkan penyertaan anda & membuat bayaran deposit kepada pihak penganjur sebelum @ pada 15 Ogos 2011 melalui akaun Maybank No. 1582 2067 9001 atas nama Nazimah Naziruddin.

* Sila Maklumkan melalui talifon setelah bayaran deposit dibuat.

* Sila simpan resit bank tersebut & serahkan kpd penganjur beserta bayaran baki pada hari pendaftaran pd 17 sept.

* Baki yuran tersebut perlu dijelaskan sebelum @ pada 17 Sept 2011.

* Sebarang pertanyaan sila SMS @ Call : 019 - 577 4977

Wednesday, February 9, 2011

Trip "Lata to Lata" - Menjejak Lata terpinggir


TARIKH : 26 FEBRUARY 2011
MASA : 0900am
LOKASI : AIR TERJUN LATA KINJANG, CHENDERIANG PERAK
BAYARAN : RM 50.00 SEORANG
* GUIDE
* INSURAN BERKELOMPOK & PERMIT
* MAKAN TENGAHARI
* T/SHIRT
Penerokaan Air Terjun Lata Kinjang & Lata yang "terpinggir" iaitu Lata Jok di Chenderiang, Perak. Permulaannya di Lata Kinjang. Peserta akan mendaki sehingga ke puncak air terjun Lata Kinjang. Dalam pendakian menuju puncak, peserta akan dibawa ke Jambatan Gantung Lata Kinjang bagi sesi bergambar sebelum meneruskan pendakian selama lebih kurang 2 jam 30 minit untuk menawan puncak Lata Kinjang. Rehat seketika, mandi manda & menikmati panorama alam di puncak air terjun Lata Kinjang. View pekan Chenderiang, kampung2 berhampiran, Lebuhraya dari puncak yg berketinggian hampir 800 meter dari aras laut.
Seterusnya peserta akan dibawa menjelajah ke dalam hutan bagi menjejaki "Lata Terpinggir" iaitu air terjun Lata Jok. Peserta akan berehat & mandi manda sambil menikmati keindahan di air terjun Lata Jok. Mempunyai 2 tingkat air terjun dan satu kolam yang besar membuatkan airnya dingin dan bersih...
Dari Lata Jok peserta akan terus menuruni sehingga ke tempat permulaan iaitu di Air Terjun Lata Kinjang bagi menikmati makan tengahari dan mandi manda di kolam Air Terjun Lata Kinjang.
Program Tamat....

TENTATIF
0800 : Pendaftaran & pengesahan penyertaan
0830 : Persediaan & regangan otot....
0900 : Pendakian bermula
0930 : Jambatan gantung Lata Kinjang
- Sambung pendakian ke puncak Lata Kinjang
1200 : Berada di puncak Lata Kinjang
- Rehat
1230 : Menjejak Lata "Terpinggir"
1330 : Tiba di Lata Jok
- Rehat
1400 : Perjalanan turun ke Lata Kinjang
Kepada yang berminat untuk menyertai, sila daftar & buat bayaran sebelum 20 February 2011.
Call @ sms : Abba Young 012-5709980
Jinggo 019-5774977
Badong Subkidin 017-5277143
E'jam 0135878241
BaD cAun 019-4785207
Bank-in wang penyertaan ke akaun Maybank : 108123011637 atas nama Mohamad Dzulkarnain Alias.

Tuesday, January 4, 2011

Trans Tok Nenek - Gng Bubu - Gng Yong Yap

Hahahahahaha...... lagi - lagi program kembara !!! Sekali lagi XTG bersubahat dgn KEI @ SOS .... muahahaahaa..
XTG menyeru kpd semua konco-koncho, pengikut, pegunjung & seluruh rakyat jelata untuk sama2 menyertai XPDC ini !!!!


Salam Kembara! SOS sekali lagi menjemput rakan rakan untuk sama sama menyertai ekspedisi ke Trans Tok Nenek, Bubu dan Yong Yap yang penuh dengan misteri dan keindahan Ilahi. Sedikit maklumat mengenai Trans ini, ia terletak disekitar sempadan Perak, Pahang dan Kelantan, mempunyai 3 puncak yg didaki dgn pandangan/view yg indah tak terkata, sumber air tidak menjadi masalah, camp site boleh memuatkan seramai 30 org kebiasaan, dan banyak... lagi cerita dan kelebihan yg bakal anda lalui didalam ekspedisi ini.


Testimonial : "Laluan ni aku paggil trip RQ1 sbb disinilah aku memulakan prosess menjejak Hasan. Dan buleh la aku kongsi2 kisah sepanjang pejalanan aku buat keja resque aritue. Korang buleh la anggap nie macam set dokumentari jugak laa" - Incik Harimau Chumel -


AGENDA:
Tarikh : 20 -23 Januari 2011

Tempat : Kg. Raja, Cameron Highlands

Max. Peserta : 25 org

Rate Kepayahan : 5/10 ala santai je...

View : banjaran titiwangsa, cameron, lembah ttiwangsa, sunset sunrise, bulan bintang =)


Tentatif Ringkas:

Day 1 - Khamis 20 JANUARI 2011
7.00 pg - di Kg Raja ke Pos Brooke dan terus ke Kg Rengit naik 4x4
8.00 pg - sampai Kg.Rengit, briefing daripada Militan
8.30 pg - start mendaki.....kasi henjott!!
3.00 ptg - sampai Last Waterpoint kasi hantam gulai ayam dulu!
5.00 ptg - sampai Puncak Kambing pasang fly mau tido..


Day 2 - Jumaat 21 JANUARI 2011
8.00 pg - dari Puncak Kambing turun ke Kem Lopak Air
9.00 pg - pickup air lopak (air untuk pakai sampai esok)
9.30 pg - henjutt naik Puncak Bubu
12.00 tgh - sampai di Puncak Bubu..amik gambo jap..
2.00 ptg - sampai di Kem Hasan (sedekah al fatihah)
6.00 ptg - tiba di Puncak Yong Yap hooraayyyy!


Day 3 - Sabtu 22 JANUARI 2011
7.00 pg - layan sunrise Yong Yap yg senantiasa TERBAIKK!
9.00 pg - mula turun ke Simpang Bubu
10.00 pg - terus ke Kem Balak Pecah
1.00 tgh - sampai di Kem Agas (lunch)
2.00 ptg - bergerak ke Simpang Y
4.00 ptg - turun ke Kem Bomba ( LP )
5.00 ptg - tiba di LP pasang fly lagi...


Day 4 - Ahad 23 JANUARI 2011
9.00 pg - berkemas menuju ke Pos Rengit
12.00 tgh - tiba di Pos Rengit naik 4x4 kembali pulang..........
2.00 ptg - di Kg. Raja sesi amik nombo telepon =)

*tentatif ini rangkaan kasar, segala perubahan akan diberitahu kelak


Penyertaan :

Pakej A - RM 90 (guide, permit & pengurusan, kenderaan 4x4)

Pakej B - RM 110 (guide, permit & pengurusan, T-Shirt, kenderaan 4x4)

*tambahan jika perlu - RM 45 makan minum & peralatan (kongsi angkut)


So..bagaimana mahu ke sini??

BAS - naik bas melalui stesen bukit jalil menuju ke Cameron Highlands, turun di Kg. Raja. Prebet sapu akan fetch anda.

KERETA - terus berkumpul di Surau Kg.Raja

TIADA KENDERAAN - kami sediakan transport dgn bayaran RM40 pergi dan balik (KL sahaja)

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi kami :
Ken : 019 451 8380
Faizal : 012 368 1790
Adiza : 013 395 5659
Muzs : 012 531 7141

Monday, January 3, 2011

XPDC GUNUNG DATUK - NEGERI 9

Program subahat antara XTG dgn KREKOKEI @ SOS !!! hahahaaha....
XTG menyeru mana2 ahli, konco-koncho, pengikut blog, pelawat blog serta ahli keluarga masing2 & tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yg meminati sukan mendaki utk menyertai XPDC ini. Penyertaan adalah PERCUMA.

yaa.... Betul!!! Free atau bahasa melayunya PERCUMA!!!
SOS Open Trip membuka tirai 2011 dengan Ekspedisi mendaki Gunung Datuk di Negeri Sembilan di daerah Rembau.
Sedikit maklumat tentang gunung ini :
Anda akan berada di puncak berbatu yg mempunyai permandangan 360 darjah. Camp Site seluas gelanggang badminton dan lapang, sumber air sejam dari puncak, ada air terjun untuk mandi manda, ada kesan peninggalan sejarah macam tapak k...aki hg tuah dan sebagainya, tahap pendakian 2/10 sesuai untuk pendaki beginer dan pendaki amatur mengekalkan stamina.
Program yg julung-julung kalinya diadakan bagi membuka ruang kepada semua penggemar sukan lasak mendaki gunung dan juga kepada semua kawan yang baru saja berminat!
AGENDA:
Tarikh : 8-9 Jan 2011
Tempat :
Bayaran : PERCUMA
*kos pengangkutan dan makan adalah sendiri
Tentatif ringkas :
Sabtu 8 jan 2011
2.30 ptg - Berkumpul di KL (lokasi akan di info kemudian)
4.30 ptg - Mula mendaki Puncak Datok
6.30 ptg - Sampai di puncak
Ahad 9 Jan 2011
7.00 pg - Tengok Sunrise!!
8.00 pg - Breakfast dan berkemas
10.00 pg - Sesi bergambar
11.00 pg - Turun gunung
1.00 ptg - Pulang ke KL
*tentatif ini rangkaan kasar, mungkin boleh awal mungkin boleh lambat.
Bagaimana untuk kesana??
KERETA - terus menuju ke Tugu Keris Hutan Lipur di Rembau , hubungi kami bagi memudahkan anda untuk mencari lokasi
SENDIRI - kami sediakan pengangkutan dari KL ke Rembau (pergi balik) dengan bayaran ikut kepada perkongsian satu kereta.
Untuk sebarang sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan,
sms kami :
Ken - 019-451 8380
Fizal - 012-368 1790
atau email : krekokei@yahoo.com

Thursday, December 9, 2010

Hari Keluarga KSRKPLUS MALAYSIA N5 - Sesi 1

Pendaftaran Penyertaan di IPU Plaza


The CREW


Urusetia Sukaneka


AKTVT Kolam - Renang Berirama



Isi Air Dalam Botol


Lari Bertopeng Spiderman


Lari Kepit Bola



Lari berganti-ganti dalam kain




Futsal Pantai - Wanita


Bola Tampar Pantai - Lelaki



Juri





Fear Factor - Makan makanan Exotic



2 orang peserta kanak-kanak bergaduh sesama sendiri akibat tidak puas hati akibat kekalahan kumpulan mereka didalam menyertai acara yang dipertandingkan. Gambar sempat dirakamkan oleh juru gambar amatur...



Kumpulan Cili Padi bergambar bersama Tuan Manager, setelah memenangi tempat pertama acara Lari Bertopeng Spiderman...



Lucky Draw - Hadiah Utama TV LCD bersaiz layar kapal



Tempat Pertama - Treasure Hunt. Kejayaannya dipertikaikan oleh sebahagian peserta kerana beliau dipercayai cuba memukau para juri dengan cara menyuruh anaknya membuat 'Magic Show' di depan para juri....



Adik ini mewakili Ibunya untuk mengambil hadiah kerana Ibunya sedang memasak juadah malam dibilik penginapan...





Acara kereta berhias terpaksa dibatalkan atas alasan2 tertentu & digantikan dengan acara "Tuan Kereta Yang Berhias"....



Acara "Tuan Kereta Yang Berhias" mendapat sokongan & jeritan yang amat meriah dari para penonton....




Antara wajah Tuan Kereta setelah dihias oleh anak2 & isteri mereka...... ahakss...



Diselang selikan dengan acara Cabutan Bertuah



Acara anak2 berebut kerusi....



Pemandangan diwaktu pagi dari bilik penginapan



HARI 1


Syukur Alhamdulillah program Family Fun Day bagi KSRKPLUS N5 sesi pertama telah berjaya dilangsungkan di Best Western Hotel Marina Island Lumut mengikut seperti apa yang dirancangkan. Bermula pada 01 Disember 2010 tepat jam 1230 semua peserta berkumpul di IPU Plaza bagi membuat pengesahan penyertaan & mendapatkan soalan Treasure Hunt. Seramai 32 keluarga telah menyertai untuk sesi pertama ini. Jam 1330 peserta dilepaskan secara rasmi oleh Tuan Pengerusi KSRKPLUS N5.

Semua peserta selamat sampai di Marina Island, Lumut Perak lebih kurang jam 1500. Setelah urusan pengagihan bilik penginapan selesai, peserta diberi masa untuk berehat sebelum turun kembali ke kawasan berlangsungnya acara sukaneka pada jam 1700. Pelbagai acara telah diaturkan untuk kanak2 sehingga ke acara untuk peserta dewasa. Sebanyak 10 acara sukaneka telah dipertandingkan dan acara pada petang itu tamat sekitar jam 1930.

Jam 2100 setelah semua peserta menjamu selera, acara kemuncak iaitu cabutan bertuah yang dinanti2kan berlangsung di dewan Hotel. Sebanyak RM15000 jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan menjadi debaran bagi setiap peserta pada malam tersebut. Bagi mengurangkan debaran & tekanan sementara menunggu nama dicabut, cabutan bertuah diselang selikan dengan acara & pertandingan yang cukup menarik disamping hadiah-hadiah yang istimewa disediakan untuk setiap pemenang.

Acara tamat pada jam 2330...


HARI 2

Aktiviti bebas untuk semua peserta... Tiada acara rasmi dari pihak penganjur.
'Check-out' jam 1200...

Kebanyakkan peserta mengambil kesempatan untuk membawa keluarga bersiar-siar di sekitar pekan Lumut, berkelah dipantai Telok Batik & ada yang melawat ke Pulau Pangkor sebelum pulang ke destinasi masing-masing.





Monday, November 1, 2010

Bengkel teknik mencetak baju-t


NAK TAHU BAGAIMANA T-SHIRT DI CETAK?? JIKA INGIN TAHU DAN NAK BUAT INCOME DENGAN AKTIVITI INI SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA...PEMBELAJARAN TEKNIK DALAM MASA 1 HARI, PERALATAN DI SEDIAKAN.. ADA MAKAN TENGAH HARI & PETANG, SIJIL AKAN DI BERI DAN T-SHIRT PERCUMA..

*bengkel 1 hari

*welcome

*teori 0900am - 1300pm

*praktikal 14.00pm - 17.00pm

*good luck bye! bye!


Harga rm180.00 (bayaran melalui bank dgn deposit sebanyak rm100 utk cnform & pendaftaran, rm80 baki di bayar pada waktu hadir sebelum bengkel bermula)Harga termasuk makan minum tgh hari dan petang.Sijil dan sehelai t-shirt akan di beri pada penghujung bengkel.


Peserta akan belajar cara-cara menghasilkan cetakan pada sehelai baju-t bermula daripada membuat blok dan seterusnya mencetak.Bengkel bertujuan untuk pendedahan bagaimana sesebuah rekabentuk imej boleh di abadikan pada sehelai baju-t, samada anda ingin belajar untuk membuka perniagaan cetak baju atau sekadar mencari pengalaman dan atau sekadar ingin tahu semuanya terletak pada anda...yang penting saya dapat berkongsi apa yang saya tahu bersama anda dan dapat mengeratkan silaturrahim..


Semoga anda dapat manfaat daripada apa yang akan di sampaikan pada bengkel tersebut.


Sekian, terima kasih.

Tel: 012-5709980 (Jacx)


Kepada yang berminat sila hubungi no. tel diatas bagi pengesahan tarikh & tempat berlangsungnya acara tersebut.

Saturday, October 23, 2010

PARAMOTOR




























DEMO


SEMPENA HARI PERKHEMAHAN PERDANA


SEKOLAH KEBANGSAAN PAKATAN JAYA, IPOH.