Saturday, October 6, 2012

Kuala Woh Suka-Suka Ride MTB Jamboree 2012



Suka…Suka…Ride MTB Jamboree 2012
Kuala Woh, Tapah, Perak.
09 Dis 2012

Anjuran : Rebz Venture Team
Dengan Kerjasama: Persatuaan Belia dan Sukan Rumah Awam lll & XTremeGeneration Crews
Disokong Oleh : Pejabat Belia & Sukan Daerah Batang Padang, Tapah

Tarikh : 09 Dis 2012
Bayaran : RM50.00
Masa Berlepas : 0800H
Jarak : 30km±
Lokasi : Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.
Collect Godies : 08 Dis 2012 Jam 1200H - 1800H
Tarikh Tutup : 25 Nov 2012

Friday, October 5, 2012

Program Survival & Ketahanan Diri MAKSAK Malaysia 2012

PULAU PERHENTIAN – 19 September 2012. Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Malaysia dan MAKSAK Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Survival & Ketahanan Diri MAKSAK Malaysia 2012 di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Program yang di adakan di Pulau Perhentian Besar, merupakan salah satu dari 13 buah pulau yang digazetkan sebagai Taman Laut Terengganu dan merupakan destinasi percutian popular pelancong dari dalam dan luar negara.

Seramai 45 orang peserta, mewakili MAKSAK Negeri dari Semenanjung Malaysia termasuk penyertaan dari Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Penjara Malaysia mengikuti program tersebut, bermula dari 19 hingga 23 September 2012.

Komando 69, Pasukan Gerakan Khas, Ulu Kinta, diketuai oleh Inspektor Nor Azeman Samiran, diamanahkan untuk menyusun atur aktiviti-aktiviti sepanjang program tersebut berlangsung dengan kerjasama MAKSAK Terengganu.

Objektif program ini dilaksanakan bukanlah bertujuan untuk membentuk para peserta menjadi seoarang anggota pasukan elit PDRM, tetapi lebih kepada memupuk kerjasama sepasukan dan ketahanan diri ketika menghadapi situasi yang tidak dijangka dalam apa jua keadaan.

Para peserta telah didedahkan dengan teori asas survival dan membuat latihan praktikal survival,jungle tracking/hiking serta melakukan aktiviti kumpulan, pembelajaran asas medic (kecederaan dan pengurusan) di Sungai Air Berani dan asas selaman, snorkling serta praktikal di Teluk Keke.

Majlis Penutupan Program Survival & Ketahanan Diri MAKSAK Malaysia 2012 telah disempurnakan oleh SAC Dato' Azizan bin Abdul Aziz, Komancer 69 Komando PGK.






Teks : Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia
Foto : XTG

Lagi gambar di : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.493698723973773.120556.161086313901684&type=1

Thursday, September 6, 2012

SALAM LEBARAN



Assalamualaikum...

Bertemu kembali setelah sekian lama tidak menulis di sini... Masih lagi di bulan meraikan kemenangan setelah berjuang selama sebulan berpuasa Ramadhan. Kepada semua kaum keluarga, sahabat serta kenalan, XTG CREWs, pengikut blog, para pelanggan dan semua umat Islam... masih belum terlewat untuk kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MOHON MAAF ZAHIR BATIN diatas segala salah silap secara sedar mahupun sebaliknya yang pernah berlaku.

Monday, July 16, 2012

LUMINOX - NAVY SEAL



VISIT PERAK 2012 - UPDATE EVENT

OGOS 2012

:: RUMAH TERBUKA AIDILFITRI - TAIPING

:: Lat D'Musical - SERI ISKANDAR

( Tarikh akan dimaklumkan kelak )



SEPTEMBER 2012

16 : Taiping International Marathon - TAIPING

22-23 : Pangkor International Mountain Bike Challenge - PULAU PANGKOR

29 : Mid Autumn Festival - MANJUNG



OKTOBER 2012

1-7 : Royal Belum International Rainforest Adventure - ROYAL BELUM

13-14 : Kayuhan Pelancongan Kuale - KUALA KANGSAR