Monday, October 26, 2009

LATIHAN BERSAMA

AO PAINTBALL PARK, TANJUNG MALIM PERAK



AO JUNIOR



TUAN TANAH...



INI PUN TUAN TANAH

ADIK2 TUAN TANAH


DOLAH IN ACTION...


AO = ANAK OTROMEN

1 VS 4...YEE KEE ??


KONONNYA SNIPER LA....


BADONG IN ACTION...


DARI MULA SAMPAI ABEHH...SITU JE DIA NYOROKNYA..XBERANI KUAR!!



SEBELUM SAMPAI KE TG.MALIM BERMACAM-MACAM DUGAAN DAN RINTANGAN YANG DITEMPUHI. BERMULA DENGAN PERJALANAN YANG TAK BOLEH MENGIKUT LEBUHRAYA KERANA ADA LORI TERBALIK...KAMI TERPAKSA MENERUSKAN PERJALANAN MENGIKUT JALAN LAMA...DALAM PERJALANAN SEORANG SAHABAT LAPOR..NAK MAKAN KATANYA..DRIVER PUN MENINJAU-NINJAU DIKIRI KANAN JALAN KOT ADA KEDAI ATAU WARUNG YANG BOLEH DISINGGAHI....MALANGNYA,SAHABAT NI XSETUJU UNTUK BERSARAPAN DIKEDAI MAMAK...DIA NAK MAKAN McD KATANYA...LUPA LAK..PERUT ORANG PUTIH KATANYA XSESUAI NAK MAKAN MASAKAN MAMAK.


SELESAI SARAPAN DI McD,PERJALANAN PUN DITERUSKAN.KALI NI IKUT LEBUHRAYA. SAMPAI DI R&R TAPAH SAHABAT YANG PERUT MAT SALEH NI NAK MAKAN LAGI. KALI NI NAK MAKAN DUNKIN DONAT PLAK....IKUTKAN AJE LA.

SELESAI JER 'TAPOW' DONAT, PERJALANAN PUN DITERUSKAN. SEMBANG PUNYA SEMBANG TERLUPA NAK KELUAR PLAZA TOL BIDOR UNTUK PICK UP SORANG LAGI AHLI DISANA....LANJUT KE TOL SUNGKAI PATAH BALIK JALAN LAMA UNTUK AMIK SAHABAT SORANG LAGI YANG AKAN TURUT SAMA.

SAMPAI JER DI BEHRANG, TUAN TANAH DENGAN PENUH SABAR TELAH PUN MENUNGGU KAMI DI SATU RESTORAN...MAKAN LAGI....

SELESAI MAKAN...MISI PUN BERMULA. PERJALANAN PUN DITERUSKAN MENUJU KE AO PAINTBALL PARK.SEGALA PERALATAN DIPUNGGAH TURUN...PERSIAPAN PUN DIMULAKAN...MAKA BERMULA LA PERPERANGAN....

DITENGAH - TENGAH PERTEMPURAN TIBA2 HUJAN MULA TURUN. TANPA MENGHIRAUKAN HUJAN PERTEMPURAN DITERUSKAN JUA DISELANG SELI DENGAN LETUPAN BOM YANG BERTALU - TALU...( MERCUN BOLA ) APA PUNYA GAME LA SIAP BAWAK MERCUN.....

SELESAI JER GAME...SEBENARNYA MASIH BOLEH MAIN LAGI...TAPI SEMUA DAH TAK LARAT NAK MAIN...MAKA BERKEMAS-KEMAS LA SEMUA YANG ADA UNTUK BALIK...HUJAN MASIH BELUM MENUNJUKKAN TANDA2 MAHU BERHENTI...

DALAM PERJALAN BALIK ( KELUAR DARI PEJABAT AO ) TAYAR KENDERAAN YANG DINAIKI PECAH... TU LA MAKAN BANYAK SANGAT ARI NI...TERGENDALA SEBENTAR PERJALANAN BALIK....

SEPANJANG PERJALANAN BALIK HUJAN MENCURAH-CURAH LEBATNYA TANPA HENTI. SAMPAI DI TAPAH SINGGAH MAKAN DULU KATA SORANG SAHABAT...PERUT LAPO UJAN2 NI....MAKA SINGGAH LAGI UNTUK MAKAN. KALI NI MAKAN SATAY AYAM & DAGING PULAK.... KIRA HARI NI SELAIN DARI MAIN PAINTBALL MISI KAMI IALAH JALAN-JALAN CARI MAKAN!!!!


















































































No comments:

Post a Comment