Penemuan tapak ini ketika perjalanan turun dari puncak. Penemuan tapak ini disedari oleh Badong dan kami merahsiakan dari pengetahuan peserta kerana dikhuatiri jika diketahui umum, perjalanan turun ke 'starting point' akan memakan masa sepantas kilat dan ini akan menyukarkan kami mengawal keadaan.... wakkaakakaka...
Sempadan antara dua negeri. PERAK - PAHANG diatas puncak Gunung Brinchang
Peserta ini mengalami kecederaan dada & bahu. Terjatuh ketika menuruni kawasan berakar. Kecederaan tidak terlalu serius memandangkan mangsa masih mampu menyuap nasi ke mulut sendiri...
Peserta ini pula mengalami kecederaan di bahagian kaki. Kejang & terseliuh. Setelah di picit2 oleh rakan2nya... kecederaan beransur pulih. Di laporkan pada sebelah malamnya peserta ini telah pergi ke rumah urut refleksologi & spa cameron Highland bagi memulihkan urat saraf & naik seri wajah....
MAIN SOROK2 TELOR NAGA... Sejenis 'game' yang jarang2 dimainkan oleh pendaki2 gunung ketika di hutan belantara..
Pihak urusetia cuba memperdaya para peserta dengan cubaan membuka 'KASINO TANAH'. Setiap peserta yg ingin menyertai perlu membayar sejumlah wang & peserta akan diberi sebanyak 10 getah bulat dan perlu membaling getah tersebut ke batang lidi yg dipacakkan di tanah. Getah bulat tersebut hendaklah tersangkut @ tergantung di batang lidi tersebut... Pertaruhan melibatkan wang ribuan ringgit tanpa pemenang itu telah mendatangkan keuntungan kepada pihak urusetia.
Ada peserta yang kalah di KASINO TANAH tidak dapat menerima kenyataan. Kerana terlalu kecewa dan penyesalan yang teramat sangat ada yang cuba mengugut untuk menjadi kayu api.... tetapi dapat di tenangkan oleh pihak urusetia dgn seribu satu janji manis....
Seorang peserta (baju hitam) merusuh dgn cubaan memanggang urusetia (baju biru) kerana tidak berpuas hati terhadap urusetia yang mengenakan bayaran lain untuk menikmati hidangan makan malam & BBQ.
Urusetia bahagian dapur (masakan) bertungkus lumus menyelamatkan barang2 & peralatan ekoran perusuh yang cuba membakar kawasan dapur kerana tidak berpuas hati terhadap layanan yg diberikan urusetia sepanjang program.... muahahaaha...
Kelihatan seorang peserta ( mencangkung tepi khemah ) sedang menanam periuk api.
No comments:
Post a Comment