Sunday, December 26, 2010

XPDC Penutup tirai 2010... Gunung Irau

Khas buat Konco-Koncho, Rakan Taulan, Pengunjung, Tetamu XTG & sesiapa sahaja yg terbaca IKLAN ini, adalah dijemput untuk menyertainya...

Berikut adalah email/pesanan/jemputan yg XTG terima dari seorang sahabat @ geng sekutu gunung.... krekokei@yahoo.com

Salam Kembara! Masih kosong jadual cuti Tahun baru!?? Mai tengok bunga api tahun baru di puncak Irau weh! SOS sekali lagi menjemput rakan2 dan taulan semua untuk bersama2 mendaki gunung Irau pada hujung tahun ni!... Gunung Irau terletak di Cameron Highlands bersebelahan dgn Gunung Brinchang, ketinggian melebihi 2000meter menjanjikan suhu yg sejuk dan permandangan mata burung yg paling menarik. View dari puncak Irau boleh nampak Pekan Ipoh, Simpang Pulai dan sedikit Gopeng dan sudah tentu pekan Cameron juga kelihatan.. apetah lagi waktu malam.. fuyoohh! kalau bunga api taun baru pulak? lagi la fuyooHhh!!! hehehe Dan banyak lagi perkara menarik mananti dalam ekspedisi kali ini! mari kita lihat isi kandungnya!

Tarikh : 31 Dis 2010 -1 Jan 2011
Tempat : Puncak Gunung Irau, Cameron Highlands
View marvelous : Ipoh town, Gopeng n Simpang Pulai...
Tentatif :

Khamis 30 Disember 2010
9.00 mlm - dari KL menuju ke Simpang Pulai terus ke Tanah Rata
1.00 pg - bermalam di Astaka Tanah Rata*biskut merry cicah teh panah..perghhh....!

Jumaat 31 Disember 2010
8.30 pg - nasi lemak di Tanah Rata....
9.30 pg - Sesi perkenalan dan Briefing di parking kereta Starting Point.(Puncak brinchang)
10.00 pg - henjut naik...
1.00 tgh - nasik putih lauk Kurma Ayam di Puncak Anak Irau...kasi teh o satooo!
4.00 ptg - pasang fly di Puncak Irau
12.00 mlm - its a final countdown!!!
12.01 mlm - bukak diary baru....

Sabtu 1 jan 2011
7.12 pg - Sunrise yg memukau hati..view marbeles woo...
8.30 pg - roti canai puncak Irau satooo...!
9.30 pg - siap2 bukan nak turun...bergamborr le dulu!!!
10.00 pg - mari turun...!
12.30 tgh - nasi putih masak lemak cili api..perghh!!!(Anak Irau)
3.30 ptg - sampai sudaa...parking kereta
4.30 ptg - jenjalan shopping di Brinchang & Tanah Rata (pasar malam sabtu)
6.00 ptg - bagi yg nak balik awal boleh la pulang ke tanah air masing2..
6.00 ptg - kami nak lepak Kem sungai Pauh 1 malam lagik!!
8.30 mlm - BBQ bersama rakan2 gunung!

Ahad 2 Jan 2011
9.00 pg - naik Gunung Berembun
12.00 tgh - berGAMBARia di Ladang Teh Ringlet
2.00 ptg - Terjun Tiruk di Lata Iskandar atau Kuala Woh (mandi manda)
5.00 ptg - Kuala Lumpur....!
6.00 ptg - dah la tu...letih aku, balik la mau kerja esok!!!!(program tamat)*

tentatif ini rangkaan kasar, mungkin boleh awal mungkn boleh lambat.

BayaranPakej A - RM30 sahaja meliputi : Jurupandu Arah & Permit JH Pahang

Pakej B - RM55 sahaja meliputi : Guide, Permit & Makan Minum

Untuk Transport tambahan RM35 (KL-CH-KL)

Bagaimana untuk kesana??
BAS - Anda naik bas dari KL melalui hentian Bukit Jalil dan turun dekat pekan Brinchang kemudian Prebet Sapu akan Pickup anda(RM20)
KERETA - Pada yang menaiki kenderaan sendiri anda boleh berjumpa dgn organiser di Pekan Brinchang terlebih dahulu atau terus di Parking Kereta Puncak Brinchang Jumaat Jam 9.00 pagi.
Untuk sebarang sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan,sms kami :

No comments:

Post a Comment