Wednesday, May 11, 2011

XTG Trip #4 / 2011 ~ Hatyai Thailand











































Untuk Trip #1 ~ 3 ( Ops Subuh & Ops Senja ) laporan & gambar tak dapat disiarkan atas faktor2 keselamatan dalam negara, tugas2 khas & demi menghormati permintaan para peserta trip tersebut, hahhahaa.... minta maaf ya.


Trip #4 ni xde masalah,semua peserta memberi kebenaran utk menyiarkan laporan @ gambar2 mereka di blog.


30 April 2011
Bergerak dari Ipoh menuju ke Bukit Kayu Hitam jam 0400 pagi. Setelah hampir 2 jam berbaris & berurusan dengan pihak Emegresen Thailand (terlalu ramai rakyat Malaysia & pelancong yg nak masuk bercuti ke Thailand) semua peserta bersarapan pagi merangkap makan t/hari di pekan Danok.

Perjalanan diteruskan ke Haytai. Penginapan peserta selama 2 malam adalah di hotel Rocha Hatyai. Setelah daftar masuk selesai, semua peserta berehat...tiada aktiviti pada sebelah petang.


0730 malam ( 0830 malam Malaysia ) semua peserta dibawa untuk menikmati makan malam & berkunjung ke pasar malam di Hatyai... pasar malam ni beroperasi sehingga jam 0300 pagi.



01 May 2011
Bersarapan pagi di medan selera berhampiran pasar harian di Hatyai. Ramai peniaga makanan Muslim disini. Roti canai, beraneka jenis mee, nasi goreng, tom yam & bermacam2 juadah ada disini. Pasar harian nya pula menjual sayur2an, buah2an & ikan. Disini juga terdapat kedai2 yang menjual pakaian, bag kulit, kasut, permaianan kanak2 dan lain2 lagi barang keperluan...2 jam diperuntukkan disini pon tak abis pusing....


Perjalanan diteruskan ke pantai Samila, Songkhla. Pantai yang panjang & luas. Tarikan utama disini ialah 'Patung Ikan Duyung' dan mitosnya. Ramai peniaga cenderahati & makanan/minuman ringan disepanjang kawasan pantai ini. Makan tengahari peserta di restoran Tom Yam Salleh.


Pasar Terapung....satu destinasi yang harus dilawati. Cara tersendiri dan sesuatu kelainan untuk menarik pelancong. Dalam sampan yang kecil dan ruang yang agak terbatas, mereka boleh menjalankan perniagaan makanan ikan bakar, tom yam, keropok lekor, minuman, cenderahati & pelbagai lagi.



02 May 2011
Sarapan pagi & daftar keluar dari hotel. Beli belah disekitar pekan Hatyai. Seterusnya ke pusat jualan & perusahaan kacang & hasil laut. Sebelum meninggalkan Hatyai, singgah di Nora Plaza bagi membeli barangan kulit, cenderahati, pakaian & macam2 lagi yang boleh didapati disini.


Keluar dari Tahiland mengikut pintu sempadan Padang Besar, Perlis. Singgah di Kompleks Bazar Padang Besar.


Sampai di Ipoh sekitar jam 1000 malam & tamat program. Terima kaseh kepada semua yang menyertai Trip kali ini. semoga berjumpa lagi pada program yang lain.

No comments:

Post a Comment