Friday, October 5, 2012

Program Survival & Ketahanan Diri MAKSAK Malaysia 2012

PULAU PERHENTIAN – 19 September 2012. Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Malaysia dan MAKSAK Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Survival & Ketahanan Diri MAKSAK Malaysia 2012 di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Program yang di adakan di Pulau Perhentian Besar, merupakan salah satu dari 13 buah pulau yang digazetkan sebagai Taman Laut Terengganu dan merupakan destinasi percutian popular pelancong dari dalam dan luar negara.

Seramai 45 orang peserta, mewakili MAKSAK Negeri dari Semenanjung Malaysia termasuk penyertaan dari Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Penjara Malaysia mengikuti program tersebut, bermula dari 19 hingga 23 September 2012.

Komando 69, Pasukan Gerakan Khas, Ulu Kinta, diketuai oleh Inspektor Nor Azeman Samiran, diamanahkan untuk menyusun atur aktiviti-aktiviti sepanjang program tersebut berlangsung dengan kerjasama MAKSAK Terengganu.

Objektif program ini dilaksanakan bukanlah bertujuan untuk membentuk para peserta menjadi seoarang anggota pasukan elit PDRM, tetapi lebih kepada memupuk kerjasama sepasukan dan ketahanan diri ketika menghadapi situasi yang tidak dijangka dalam apa jua keadaan.

Para peserta telah didedahkan dengan teori asas survival dan membuat latihan praktikal survival,jungle tracking/hiking serta melakukan aktiviti kumpulan, pembelajaran asas medic (kecederaan dan pengurusan) di Sungai Air Berani dan asas selaman, snorkling serta praktikal di Teluk Keke.

Majlis Penutupan Program Survival & Ketahanan Diri MAKSAK Malaysia 2012 telah disempurnakan oleh SAC Dato' Azizan bin Abdul Aziz, Komancer 69 Komando PGK.






Teks : Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia
Foto : XTG

Lagi gambar di : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.493698723973773.120556.161086313901684&type=1

No comments:

Post a Comment