Wednesday, July 14, 2010

LAPORAN JWSM RIAU INDONESIA

03 July 2010 - Sabtu

Menaiki kapal yg telah sedia menunggu di Johor tepat jam 1300 waktu Malaysia dan berlepas menuju ke Sri Bintanpura Tanjung Pinang, Kepulauan Riau Indonesia. Selama lebih kurang 3 jam berada di dalam perut kapal akhirnya jam 1600 bersamaan 1500 waktu Indonesia Barat (WIB) maka terjejaklah kaki peserta buat pertama kalinya dalam hidup mereka yang baru sampai ke Tanjung Pinang Riau ni....huhuhu...semua peserta teruja mengikut trip kali ni...belum sampai ke destinasi lagi dah abeh 3 roll gambo !!! hahaha...

Sementara aku 'menyettlekan' bilik penginapan peserta di Hotel Furia, semua peserta sedang menyebokkan diri di 'tempat tukar uang' bersebelahan banggunan hotel...xsabar2 nak jadi jutawan !!!

Setelah semua peserta dibahagi mengikut bilik & pasangan, maka beristirehatlah mereka dibilik penginapan masing2.... Jam 1700 WIB semua diarah berkumpul di lobi hotel bagi menjalani sessi pertama program iaitu " Program pengenalan & membiasakan diri dengan makanan tempatan & cara2 pengurusan wang yg berjuta-juta" hahahaha.....

Memandangkan semua peserta belum pernah sampai ke Kota Tanjung Pinang ni maka aku dan Bang Hadzir 'merekomenkan' mereka agar makan di restoran Nasi Padang yg terletak berhampiran dengan hotel penginapan kami...makan sendiri bayo sendiri, maka disinilah mereka mula belajar makan makanan Indonesia yg tak byk beza dengan masakan Malaysia dan bermulalah pelajaran seterusnya iaitu penggunaan Rupiah. Ada dikalangan peserta yg buat bayaran dgn gaya lagak ngerinya sambil mengeluarkan semua wang RP dan membuat seperti bentuk kipas ditangan dan menyuruh pekerja restoran tu yg memilih duit mengikut kadar bayarannya....hahahaha ( ni apa kes ni, pening ke sepinggan nasi berlauk pauk + Aqua = RP 40K !!! )

Seterusnya aktiviti bebas...memandangkan ramai yg telah kenyang & kepenatan maka ramai yg berehat dibilik.



04 July 2010 - Ahad

Setelah bersarapan pagi di hotel, semua peserta berkumpul di lobi bagi taklimat untuk aktiviti rasmi yg dirancang iaitu Lawatan Jejak Warisan Sejarah Melayu Riau. Program ni akan berlangsung separuh hari di Pulau Penyengat. Peserta akan menaiki bot dari Tanjung Pinang menuju ke Pulau Penyengat lebih kurang 15 minit perjalanan bot sehala. Pemandu pelancung yang ditugaskan bagi mengiringi peserta kali ini ialah saudara Bobby yang bertugas di pejabat Penerangan Pelancungan Kota Tanjung Pinang.

Di Pulau Penyengat semua peserta perlu menaiki "Beca Moto" iaitu satu2nya pengangkutan darat yg terdapat dipulau ini dan menjadi pengangkutan rasmi peserta sepanjang lawatan disini. Setiap "Beca Moto" boleh dinaiki seramai 2-3 org penumpang bergantung pd saiz badan penumpang !!! ( M & L 3org satu beca, XXXXL sorang satu beca !!! )

Peserta dibawa melawat ke Makam2 Raja / Sultan Riau & kerabat kemudian ke gerai jualan cenderahati seterusnya ke Balai Adat Melayu dimana satu ketika dahulu balai adat ini digunakan sebagai tempat persidangan Sultan2 seantero Nusantara. Balai Adat dibina menghadap Laut dimana terdapat dihadapannya satu jeti kecil tempat kapal2 Sultan berlabuh. Dibawah banggunan Balai Adat ini terdapat satu perigi lama yang masih baik terjaga dan air nya sungguh dingin dan jernih. Walaupun ianya terletak ditepi laut akan tetapi airnya tawar.... Setelah puas di Balai Adat peserta seterusnya dibawa mengelilingi kampung adat @ penempatan tradisional masyarakat setempat dipulau ini sambil menuju ke Masjid Sultan Riau atau dikenali dengan nama Masjid Putih Telur. Masjid yang terbina teguh di atas bukit ini sejak berabad lamanya masih elok dan digunaka pakai sehingga ke hari ini. Uniknya masjid ini ialah seni pembuatanya dan masjid ini menggunakan putih telur sebagai ganti kepada simen yang dibancuh bersama pasir dan kapur. Dimasjid ini juga masih tersimpan rapi naskah Al-Quran lama yang di tulis tangan oleh seorang Syeikh yang dtg dr tanah arab bagi menyebarkan ajaran Islam di kepulauan Riau. Di halaman masjid terdapat dua wakaf besar bagi membolehkan para pengunjung berehat sambil menikmati pemandangan sekeliling luas laut & sebahagian Pulau Penyengat. Peserta di jamu dengan jamuan ringan berupa kueh tradisional melayu & air minuman. Penduduk di pulau ini sungguh ramah & mesra. Penduduk disini masih lagi menjaga & mengamalkan gaya hidup, tradisi, seni, makanan & mereka disini menggunakan BAHASA MELAYU sebagai bahasa pertuturan sesama mereka. Sebelum berakhirnya lawatan peserta berpeluang menyaksikan sekumpulan anak muda lelaki tempatan yg sedang berlatih tarian zapin bersama kumpulan muzik tradisional zapin di laman budaya..

Setibanya di Kota Tg. Pinang peserta dibawa melawat ke sekitar pekan Tg. Pinang bagi sessi memperkenalkan kawasan2 @ tempat2 membeli belah ( salam perkenalan sahaja,xshopping lagi ) antaranya di Bazar jalan pasar & lorong kulit, Bintan Mall, Ramayana Mall & Bestari Mall. Setelah berjam2 memenatkan diri mentawaf kawasan2 tersebut peserta dibawa menjamu selera ke Rumah Makan Lesehan Sri Gading Semarang Jalan Sukarno-Hatta dengan menaiki Angkutan Kota... Menu Utama : Nasi + Ayam penyet Goreng + Ayam Penyet Bakar Madu + Lele Goreng ( ikan keli ) + Sop Daging / Tulang Sapi + Tempe & Taufu goreng + Ulam & Sambal + Jeruk Peras & Lemon Jus = RP 482000.... Berbaloi...

Pada malam harinya pula peserta dibawa menjamu selera di Melayu Square yang terletak di tepi pantai. Menu malam ini Siput Gondang, Kerang Bakar, Otak2, Sate Kambing, Bakso, dan ntah apa-apa lagi ntah...



05 July 2010 - Isnin

Hari ni aktiviti bebas untuk semua peserta. Tidak ada agenda rasmi dari penganjur. Penganjur akan merehatkan diri hari ini....Laporan yg aku terima, seawal pagi sesudah jer sarapan di hotel semua peserta telah keluar untuk pergi membeli belah di tempat2 yg telah diperkenalkan semalam...Kebanyakan kedai masih belum dibuka lagi tetapi ada peserta yg dah tunggu depan kedai dan sama2 menolong peniaga tu membuka pintu kedai & menyusun barang... ( kuat gila...depa ni dah pendam dari hari datang lagi !!! ) Dari pagi sampai la ke petang semuanya sebok memborong. Al-maklum la, jutawan la katakan... Walau bagaimana pun,mereka2 ni aku tak lepaskan macam tu jer. Walau pun kat sini aman, xde pencopet, org tempatan yg ramah tamah mereka2 ni tetap aku hantar penjaga agar keselamatan & keselesaan mereka terjamin. Sungguh pun aku xbersama mereka tetapi 'Jin' aku ada bersama mereka. Kesian kat 'jin' aku ni, bukan sekadar jaga mereka2 tetapi kena jadi pembawa barang2 yg depa borong..ish...ish..ish..tapi xpe,mereka2 bagi upah kat 'jin' aku nih...mereka2 sayang & suka kat 'jin' aku ni...baru korang tau....hahahaha...( pasal cerita 'jin' ni aku xmau tulis lebih2. Kalau sape2 nak tau tanya la sendiri pada peserta2 yg joint trip ni...)

Malam ni ada Special Dinner disediakan penganjur utk peserta. Malam terakhir. Venue menarik tepi laut kat area Batu 4 ( kalau xsalah aku la...lupa la.. ) Makan malam ni sungguh istimewa. Open Air, sambil makan peserta di hiburkan secara 'live' oleh artis2 tempatan. Kebetulan meja yang ditempah disediakan betul2 dibahagian paling hadapan pentas. Kehadiran kami malam itu di war2kan oleh penyanyi diatas pentas & mendapat tepukan gemuruh dari semua tatamu yang ada disitu pada masa tersebut. Viva Malaysia !!!
Menu Dinner : Ikan merah masak asam pedas + Ikan Merah Sweet Sour + Ikan Sos 3 rasa + Ketam masak rempah + Cumi2 + sayur campur + Nasi & Jus Oren....



06 July 2010 - Selasa

Hari ni hari terakhir. Check Out jam 1200 WIB. Ada yg mengambil kesempatan utk menyambung beli belah sebelum waktu daftar keluar hotel. Bila tiba saat berangkat meninggalkan Hotel....punya la aku terkejut.....kenderaan yg disediakan oleh pihak Hotel ( MPV ) utk menghantar peserta ke Terminal berlepas tidak dapat dinaiki oleh peserta kerana sarat dengan muatan barang2 yg dibeli sepanjang berada di Tg. Pinang... Semua peserta sepakat utk berjalan kaki ke Terminal dr hotel memandangkan duit RP nya sudah habis bagi menyewa kenderaan lain. Itu pun ada yg menjinjing beg sambil berjalan kerana kenderaan sudah tidak lagi muat dgn brg2 yg diisi ke dalamnya. Sekali lagi 'jin' aku digunakan utk membawa brg2 mereka yg xmuat dlm kenderaan tersebut.


Akhir kata dari penganjur.....

Apa pun aku tabik spring kat semua peserta kerana sungguh berdisiplin tinggi bagi mematuhi arahan masa yg ditetapkan sepanjang program. Setiap kali suruh berkumpul mesti mereka2 yang tunggu aku...xpernah aku sampai dulu dr peserta. Selalunya aku akan hadir ke tempat berkumpul 15 minit lebih awal dari masa yg aku tetapkan tetapi setiap kali bila sampai semua peserta mendahului aku....pelik...mengapa mereka sungguh berdisiplin ??? adakah mereka takut pada aku ??? aku tak pernah tanya mengapa mereka lebih awal dr aku...tapi aku rasa agak segan la sebab aku penganjur & mereka xpernah marah @ kutuk aku setiap kali depa yg sampai awal dari aku....

Sepanjang perjalanan balik dari Riau ke Ipoh aku xhenti2 berfikir dan muhasabah diri....sungguh aku tertanya mengapa mereka2 terlalu mematuhi masa ??? bukan 10 minit @ 15 minit mereka awal dari aku, tapi satu jam awal dari aku setiap kali arahan diberikan....

Sebelum aku melelapkan mata pada malam hari tu, aku mendapat jawapanya.....huhuhuhu....
mengapa la korang semua ikut waktu Malaysia bila berada kat Indonesia ??? Kan aku dah pesan setting jam korang semua ikut WIB, semua arahan masa dlm WIB.....huawaaaaaaaaa.....

tammat

Wednesday, June 30, 2010

Program JWSMRI : MEMO

Salam semua,

Hanya tinggal 2 hari lagi untuk berlangsungnya program tersebut. Harap ianya akan berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Segala rintangan & halangan untuk menyempurnakan program ini telah cuba ditempuhi & diatasi. Terima kaseh kepada yang telah banyak membantu secara langsung & tidak langsung bagi memastikan program ini diteruskan. Sokongan & pandangan anda semua amat-amatlah dihargai. Kepada peserta yang setia & sokongan 100% dari anda semua yang membuatkan program ini bakal terlaksana.

ATUR GERAK
Tarikh : 03 July 2010
Masa : 0030hr
Tempat : IPU PLAZA
Logistik : Yusri & Ayob
Advanced Team : Hadzir & Din
Taklimat : Jinggo
SENARAI SEMAK
  • Passport
  • Kad Pengenalan
  • Pakaian
  • Wang saku
  • Kelengkapan peribadi
  • Kamera
  • ID Card & ING Card

Harap semua sudah bersedia !!!

Monday, June 28, 2010

AKTIVITI MUSIM CUTI SEKOLAH.....

( MAJLIS PERKAHWINAN KONCO-KONCHO XTREME GENERATION )

Salam Semua....

Cuti sekolah baru jer berlalu... Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga, rakan taulan, sanak saudara & masyarakat setempat sepanjang musim cuti ni. Ada yang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga ditempat2 peranginan, ada yang melakukan aktiviti 'outdoor' bersama rakan taulan, gotong royong membersih kawasan kejiranan & waktu inilah juga adanya sesetengah dari kita yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan memandangkan kesesuaian masa bercuti untuk mengumpulkan seluruh kaum keluarga, sanak saudara & rakan taulan.

Sepanjang cuti sekolah ni tidak kurang dari 8 jemputan untuk menghadiri majlis kenduri kahwin & pertunangan yang aku terima. Tetapi tak kesemuanya dapat aku penuhi, memandangkan ada diantaranya jauh & ada juga dalam sehari (sabtu @ ahad ) tu sampai 3 - 4 jemputan.

Apa pun...disini aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA IANYA KEKAL ABADI kepada semua saudara mara & rakan taulan yang melangsungkan hari perkahwinan @ pertunangan. Maaf dipohon kepada yang jemputannya tidak dapat dipenuhi & jutaan terima kaseh kerana sudi menjemput. Semoga kalian semua di Rahmati ALLAH SWT.



Norazliza & Rusli @ Taiping, Perak

Norazliza & Rusli Moga Berbahagia....


Hilmi & Nurul @ Teluk Intan, Perak



Selamat Pengantin Baru Buat Hilmi & Nurul.




Sunday, May 23, 2010

PROGRAM JEJAK WARISAN MELAYU RIAU,INDONESIA

TARIKH : 2 - 5 JULY 2010
DURASI : 4 HARI 3 MALAM
YURAN : RM 520 SEORANG
  • Feri pergi balik via Jeti Stulang Laut, Johor Malaysia - Jeti Sri Bintanpura, Tg.Pinang Indonesia
  • Duti pelabuhan + porter + comfirm ticket
  • Hotel penginapan 3 malam + sarapan pagi (Tg.Pinang)
  • Tour @ Jejak Warisan = Bot pergi balik via Tg.Pinang - Pulau Penyengat + pengangkutan darat di pulau + lawatan + tourist guide + jamuan ringan
  • Tour @ Tg.Pinang / tempat beli belah
  • T-Shirt program (Made in Tg.Pinang Indonesia)

PENYERTAAN DIBUKA SEKARANG BESERTA WANG DEPOSIT SEBANYAK RM120.00 SEORANG.

SYARAT & TERMA

  • WARGANEGARA MALAYSIA 18 TAHUN KEATAS
  • MEMILIKI PASPORT ANTARABANGSA YANG SAH (penyertaan individu )
  • JIKA ANDA MENYERTAI SECARA BERKUMPULAN, BOLEH MEMOHON PASPORT BERKUMPULAN
  • HARGA PAKEJ BERMULA DARI JETI STULANG LAUT, JOHOR
  • LAIN2 PERBELANJAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI
  • PENDAFTARAN PENYERTAAN HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA WANG DEPOSIT SEBANYAK RM120.00
  • TARIKH AKHIR PENDAFTARAN IALAH SEBELUM @ PADA 15 JUNE 2010
  • PENDAFTAR YANG MENARIK DIRI SETELAH TARIKH TERSEBUT AKAN KEHILANGAN WANG DEPOSIT.

RANGKA JADUAL

DAY 1

1000 am - Berkumpul di Jeti Stulang Laut, Johor

  • Urusan tiket
  • Urusan Imigresen

1200 pm - Menaiki feri

0330 pm - Dijangka sampai di Jeti Sri Bintanpura Tg.Pinang Indonesia

  • Urusan Imigresen
  • Daftar Hotel
  • Rehat / Aktvt bebas

0800 pm - Melayu Square / Pantai Trikora Tg.Pinang

DAY 2

0800 am - Sarapan pagi di hotel

1000 am - Menaiki bot ke Pulau Penyengat @ "JEJAK WARISAN SEJARAH MELAYU RIAU"

0100 am - Lawatan di Tg.Pinang

  • Bazar awam Jalan Pasar ( kain baju, tudung, telekong, songkok, kasut, emas, kedai makan dll..)
  • Pasaraya Ramayana ( pakaian moden, kelengkapan rumah & hiasan, pakaian & peralatan sukan, food court dll...)

0500 pm - Balik ke hotel / Rehat

0800 pm - Melayu Square / pekan Tg.Pinang

DAY 3

0800 am - Sarapan pagi di hotel

1100 am - Lawatan di sekitar Pekan Tg.Pinang

  • Jalan Pasar
  • Pasaraya Ramayana
  • Masjid Sultan Riau
  • Pantai Trikora
  • Sukarnohaji
  • Tugu Pahlawan
  • Tempat2 lawatan

0800 pm - Aktvt bebas

DAY 4

0800 am - Sarapan pagi di hotel

1100 am - Persiapan daftar keluar

1200 pm - Jeti Sri Bintanpura, Tg.Pinang

  • Urusan Tiket
  • Urusan Imigresen
  • Urusan Kastam

0100 pm - Menaiki Feri

0430 pm - Dijangka sampai ke Jeti Stulang Laut, Johor

  • Urusan Imigresen
  • Urusn Kastam
  • Tamat program / Bersurai

* jadual tertaktuk pada perubahan & kesesuain aktvt...

BERMINAT ???!!!

PERTANYAAN & PENDAFTARAN SILA HUBUNGI JINGGO 012-5828102 / 019-5774977....

Friday, May 14, 2010

AKtiviti Up-date

SALAM 1 MALAYSIA buat semua ahli, pengikut, pengunjung blog ini & rakan taulan sekalian. Pertama sekali maaf dipohon kerana blog ini agak lama tidak di 'update' dengan berita mahupun laporan aktiviti yg telah dilangsungkan, sedang dilangsungkan @ bakal dilangsungkan memandangkan kesempatan waktu yg tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Apa pun ribuan terima kaseh diucapkan kerana sudi melawat , memberi komen & berinteraksi di blog ini.

Aktiviti yang telah berlangsung.
  • X-Treme Generation - Family Day @ Langkawi
  • X-Treme Generation - Candat Sotong @ Terengganu

Aktiviti yang bakal berlangsung
  • X-Treme Generation - 'Jejak Sejarah Melayu Riau' @ Tanjung Pinang & Pulau Penyengat Riau Indonesia
  • X-Treme Generation - XPDC Berkayak Sungai Perak dari Kuala Kangsar - Teluk Intan (MAKSAK MALAYSIA)
  • X-Treme Generation - Dragon Boat Race @ Padang Indonesia
  • X-Treme Generation Super Friends Family Gathering

Aktiviti yang di tunda
  • X-Treme Generation - XPDC Gunung Batu Putih, Tapah

Semua penerangan aktiviti yang bakal berlangsung akan dibuat tidak lama lagi. Kepada yang berminat untuk menyertai boleh membuat pendaftaran segera tertakluk kepada terma dan syarat.