Thursday, December 9, 2010

Hari Keluarga KSRKPLUS MALAYSIA N5 - Sesi 1

Pendaftaran Penyertaan di IPU Plaza


The CREW


Urusetia Sukaneka


AKTVT Kolam - Renang Berirama



Isi Air Dalam Botol


Lari Bertopeng Spiderman


Lari Kepit Bola



Lari berganti-ganti dalam kain




Futsal Pantai - Wanita


Bola Tampar Pantai - Lelaki



Juri





Fear Factor - Makan makanan Exotic



2 orang peserta kanak-kanak bergaduh sesama sendiri akibat tidak puas hati akibat kekalahan kumpulan mereka didalam menyertai acara yang dipertandingkan. Gambar sempat dirakamkan oleh juru gambar amatur...



Kumpulan Cili Padi bergambar bersama Tuan Manager, setelah memenangi tempat pertama acara Lari Bertopeng Spiderman...



Lucky Draw - Hadiah Utama TV LCD bersaiz layar kapal



Tempat Pertama - Treasure Hunt. Kejayaannya dipertikaikan oleh sebahagian peserta kerana beliau dipercayai cuba memukau para juri dengan cara menyuruh anaknya membuat 'Magic Show' di depan para juri....



Adik ini mewakili Ibunya untuk mengambil hadiah kerana Ibunya sedang memasak juadah malam dibilik penginapan...





Acara kereta berhias terpaksa dibatalkan atas alasan2 tertentu & digantikan dengan acara "Tuan Kereta Yang Berhias"....



Acara "Tuan Kereta Yang Berhias" mendapat sokongan & jeritan yang amat meriah dari para penonton....




Antara wajah Tuan Kereta setelah dihias oleh anak2 & isteri mereka...... ahakss...



Diselang selikan dengan acara Cabutan Bertuah



Acara anak2 berebut kerusi....



Pemandangan diwaktu pagi dari bilik penginapan



HARI 1


Syukur Alhamdulillah program Family Fun Day bagi KSRKPLUS N5 sesi pertama telah berjaya dilangsungkan di Best Western Hotel Marina Island Lumut mengikut seperti apa yang dirancangkan. Bermula pada 01 Disember 2010 tepat jam 1230 semua peserta berkumpul di IPU Plaza bagi membuat pengesahan penyertaan & mendapatkan soalan Treasure Hunt. Seramai 32 keluarga telah menyertai untuk sesi pertama ini. Jam 1330 peserta dilepaskan secara rasmi oleh Tuan Pengerusi KSRKPLUS N5.

Semua peserta selamat sampai di Marina Island, Lumut Perak lebih kurang jam 1500. Setelah urusan pengagihan bilik penginapan selesai, peserta diberi masa untuk berehat sebelum turun kembali ke kawasan berlangsungnya acara sukaneka pada jam 1700. Pelbagai acara telah diaturkan untuk kanak2 sehingga ke acara untuk peserta dewasa. Sebanyak 10 acara sukaneka telah dipertandingkan dan acara pada petang itu tamat sekitar jam 1930.

Jam 2100 setelah semua peserta menjamu selera, acara kemuncak iaitu cabutan bertuah yang dinanti2kan berlangsung di dewan Hotel. Sebanyak RM15000 jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan menjadi debaran bagi setiap peserta pada malam tersebut. Bagi mengurangkan debaran & tekanan sementara menunggu nama dicabut, cabutan bertuah diselang selikan dengan acara & pertandingan yang cukup menarik disamping hadiah-hadiah yang istimewa disediakan untuk setiap pemenang.

Acara tamat pada jam 2330...


HARI 2

Aktiviti bebas untuk semua peserta... Tiada acara rasmi dari pihak penganjur.
'Check-out' jam 1200...

Kebanyakkan peserta mengambil kesempatan untuk membawa keluarga bersiar-siar di sekitar pekan Lumut, berkelah dipantai Telok Batik & ada yang melawat ke Pulau Pangkor sebelum pulang ke destinasi masing-masing.





Tuesday, November 9, 2010

KSRKPLUS MALAYSIA N5 - FAMILY DAY



Tarikh : 08 Hingga 09 Disember 2010

Vanue : Marina Island, Jalan Teluk Muroh, Lumut Perak

Aktiviti :
* Sukaneka
* Gathering Dinner & BBQ
* Lucky Draw ( RM 15,000 keseluruhan )

Event Director : XTG

Sunday, November 7, 2010

MISI BANTUAN - BANJIR
























CALL OF DUTY
02 NOV. 2010 - 07 NOV. 2010
ALOR SETAR - JITRA

Monday, November 1, 2010

Bengkel teknik mencetak baju-t


NAK TAHU BAGAIMANA T-SHIRT DI CETAK?? JIKA INGIN TAHU DAN NAK BUAT INCOME DENGAN AKTIVITI INI SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA...PEMBELAJARAN TEKNIK DALAM MASA 1 HARI, PERALATAN DI SEDIAKAN.. ADA MAKAN TENGAH HARI & PETANG, SIJIL AKAN DI BERI DAN T-SHIRT PERCUMA..

*bengkel 1 hari

*welcome

*teori 0900am - 1300pm

*praktikal 14.00pm - 17.00pm

*good luck bye! bye!


Harga rm180.00 (bayaran melalui bank dgn deposit sebanyak rm100 utk cnform & pendaftaran, rm80 baki di bayar pada waktu hadir sebelum bengkel bermula)Harga termasuk makan minum tgh hari dan petang.Sijil dan sehelai t-shirt akan di beri pada penghujung bengkel.


Peserta akan belajar cara-cara menghasilkan cetakan pada sehelai baju-t bermula daripada membuat blok dan seterusnya mencetak.Bengkel bertujuan untuk pendedahan bagaimana sesebuah rekabentuk imej boleh di abadikan pada sehelai baju-t, samada anda ingin belajar untuk membuka perniagaan cetak baju atau sekadar mencari pengalaman dan atau sekadar ingin tahu semuanya terletak pada anda...yang penting saya dapat berkongsi apa yang saya tahu bersama anda dan dapat mengeratkan silaturrahim..


Semoga anda dapat manfaat daripada apa yang akan di sampaikan pada bengkel tersebut.


Sekian, terima kasih.

Tel: 012-5709980 (Jacx)


Kepada yang berminat sila hubungi no. tel diatas bagi pengesahan tarikh & tempat berlangsungnya acara tersebut.