OUTDOOR & SPORT MANAGEMENT Hiking-Climbing-Tracking-Orienteering-Mountain Biking-Camping-Waterfall Trip-Kayaking-Event Management-Sport Management-Fitness Program-Training Course-Team Building
Saturday, October 23, 2010
Sunday, October 17, 2010
KSRKPLUS MALAYSIA RN3 @ BRINCHANG
Peserta ini mengalami kecederaan dada & bahu. Terjatuh ketika menuruni kawasan berakar. Kecederaan tidak terlalu serius memandangkan mangsa masih mampu menyuap nasi ke mulut sendiri...
Peserta ini pula mengalami kecederaan di bahagian kaki. Kejang & terseliuh. Setelah di picit2 oleh rakan2nya... kecederaan beransur pulih. Di laporkan pada sebelah malamnya peserta ini telah pergi ke rumah urut refleksologi & spa cameron Highland bagi memulihkan urat saraf & naik seri wajah....
MAIN SOROK2 TELOR NAGA... Sejenis 'game' yang jarang2 dimainkan oleh pendaki2 gunung ketika di hutan belantara..Pihak urusetia cuba memperdaya para peserta dengan cubaan membuka 'KASINO TANAH'. Setiap peserta yg ingin menyertai perlu membayar sejumlah wang & peserta akan diberi sebanyak 10 getah bulat dan perlu membaling getah tersebut ke batang lidi yg dipacakkan di tanah. Getah bulat tersebut hendaklah tersangkut @ tergantung di batang lidi tersebut... Pertaruhan melibatkan wang ribuan ringgit tanpa pemenang itu telah mendatangkan keuntungan kepada pihak urusetia.
Kelihatan seorang peserta ( mencangkung tepi khemah ) sedang menanam periuk api.
Monday, September 20, 2010
AKTVT UPDATE
Tarikh : 02 - 03 Oct. 2010
Program : Mount Brinchang 6666ft
Camp Site : Sungai Pauh, Cameron Highland
Penyertaan : 30 - 40 Orang
Keterangan Program:
Satu program XPDC mendaki Gunung Brinchang, Cameron Highland akan diadakan pada tarikh seperti diatas. XTG bertindak selaku Guide & Resque Team untuk XPDC tersebut. Peserta seramai 30 - 40 orang lelaki & wanita dari KSRKPLUS N3 akan berkhemah di 'Sungai Pauh Camp Site'.
Peserta akan memulakan pendakian pada 02 Oct. 2010 jam 0900 & akan berkumpul di hadapan Balai Polis Brinchang setengah jam sebelum masa mendaki. XTG akan menghantar 3 orang ahli yg bertindak selaku Penunjuk arah & Res-Q manakala 3 orang lagi ahli sebagai Res-Q & Komunikasi statik di Sungai Pauh Camp Site.
Sehubungan dengan itu adalah dipelawa mana-mana ahli & koncho XTG yg berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Sekian harap maklum....
SALAM AIDIL FITRI

Salam kepada semua Ahli Majlis XTG, koncho2 XTG, pengikut blog, rakan2 blog, abang, kakak, adik, makcik pakcik & seluruh umat Islam di Malaya....
Masih lagi di bulan Syawal dimana bulan meraikan Hari Kemenangan umat Islam. Dikesempatan ini XTG ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI mohon ampun dan maaf zahir batin diatas salah & silap serta kekurangan & kelemahan yg terjadi tapa disedari mahupon secara sedar...
Semoga bergembira selalu....
Tuesday, September 14, 2010
NEW BORN
TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SALAH SEORANG AHLI MAJLIS TERTINGGI XTG IAITU SDR. MOHAMAD DZULKARNAIN ALIAS a.k.a JACK DOLPHIN ATAS KELAHIRAN CAHAYA MATA YANG KEDUA. BERITA GUMBIRA INI DITERIMA MELALUI SMS PADA JAM 21:29 12 SEPT. 2010, PETIKKAN SMS ADALAH SEPERTI BERIKUT :
" My new born girl was safely born at Melaka State Hosp. at 10:25am, W 3.15kg, name given NUR DANIA BT MOHD DZULKARNAIN.... TQ. "
TAHNIAH DARI KAMI SEMUA DI XTG.... SEMOGA DENGAN KELAHIRAN INI AKAN MENAMBAHKAN LAGI SERI & KECERIAAN RUMAHTANGGA ANDA....