Hahahahahaha...... lagi - lagi program kembara !!! Sekali lagi XTG bersubahat dgn KEI @ SOS .... muahahaahaa..
XTG menyeru kpd semua konco-koncho, pengikut, pegunjung & seluruh rakyat jelata untuk sama2 menyertai XPDC ini !!!!
Salam Kembara! SOS sekali lagi menjemput rakan rakan untuk sama sama menyertai ekspedisi ke Trans Tok Nenek, Bubu dan Yong Yap yang penuh dengan misteri dan keindahan Ilahi. Sedikit maklumat mengenai Trans ini, ia terletak disekitar sempadan Perak, Pahang dan Kelantan, mempunyai 3 puncak yg didaki dgn pandangan/view yg indah tak terkata, sumber air tidak menjadi masalah, camp site boleh memuatkan seramai 30 org kebiasaan, dan banyak... lagi cerita dan kelebihan yg bakal anda lalui didalam ekspedisi ini.
Testimonial : "Laluan ni aku paggil trip RQ1 sbb disinilah aku memulakan prosess menjejak Hasan. Dan buleh la aku kongsi2 kisah sepanjang pejalanan aku buat keja resque aritue. Korang buleh la anggap nie macam set dokumentari jugak laa" - Incik Harimau Chumel -
AGENDA:
Tarikh : 20 -23 Januari 2011
Tempat : Kg. Raja, Cameron Highlands
Max. Peserta : 25 org
Rate Kepayahan : 5/10 ala santai je...
View : banjaran titiwangsa, cameron, lembah ttiwangsa, sunset sunrise, bulan bintang =)
Tentatif Ringkas:
Day 1 - Khamis 20 JANUARI 2011
7.00 pg - di Kg Raja ke Pos Brooke dan terus ke Kg Rengit naik 4x4
8.00 pg - sampai Kg.Rengit, briefing daripada Militan
8.30 pg - start mendaki.....kasi henjott!!
3.00 ptg - sampai Last Waterpoint kasi hantam gulai ayam dulu!
5.00 ptg - sampai Puncak Kambing pasang fly mau tido..
Day 2 - Jumaat 21 JANUARI 2011
8.00 pg - dari Puncak Kambing turun ke Kem Lopak Air
9.00 pg - pickup air lopak (air untuk pakai sampai esok)
9.30 pg - henjutt naik Puncak Bubu
12.00 tgh - sampai di Puncak Bubu..amik gambo jap..
2.00 ptg - sampai di Kem Hasan (sedekah al fatihah)
6.00 ptg - tiba di Puncak Yong Yap hooraayyyy!
Day 3 - Sabtu 22 JANUARI 2011
7.00 pg - layan sunrise Yong Yap yg senantiasa TERBAIKK!
9.00 pg - mula turun ke Simpang Bubu
10.00 pg - terus ke Kem Balak Pecah
1.00 tgh - sampai di Kem Agas (lunch)
2.00 ptg - bergerak ke Simpang Y
4.00 ptg - turun ke Kem Bomba ( LP )
5.00 ptg - tiba di LP pasang fly lagi...
Day 4 - Ahad 23 JANUARI 2011
9.00 pg - berkemas menuju ke Pos Rengit
12.00 tgh - tiba di Pos Rengit naik 4x4 kembali pulang..........
2.00 ptg - di Kg. Raja sesi amik nombo telepon =)
*tentatif ini rangkaan kasar, segala perubahan akan diberitahu kelak
Penyertaan :
Pakej A - RM 90 (guide, permit & pengurusan, kenderaan 4x4)
Pakej B - RM 110 (guide, permit & pengurusan, T-Shirt, kenderaan 4x4)
*tambahan jika perlu - RM 45 makan minum & peralatan (kongsi angkut)
So..bagaimana mahu ke sini??
BAS - naik bas melalui stesen bukit jalil menuju ke Cameron Highlands, turun di Kg. Raja. Prebet sapu akan fetch anda.
KERETA - terus berkumpul di Surau Kg.Raja
TIADA KENDERAAN - kami sediakan transport dgn bayaran RM40 pergi dan balik (KL sahaja)
Untuk sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi kami :
Ken : 019 451 8380
Faizal : 012 368 1790
Adiza : 013 395 5659
Muzs : 012 531 7141
No comments:
Post a Comment