Monday, January 3, 2011

XPDC GUNUNG DATUK - NEGERI 9

Program subahat antara XTG dgn KREKOKEI @ SOS !!! hahahaaha....
XTG menyeru mana2 ahli, konco-koncho, pengikut blog, pelawat blog serta ahli keluarga masing2 & tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yg meminati sukan mendaki utk menyertai XPDC ini. Penyertaan adalah PERCUMA.

yaa.... Betul!!! Free atau bahasa melayunya PERCUMA!!!
SOS Open Trip membuka tirai 2011 dengan Ekspedisi mendaki Gunung Datuk di Negeri Sembilan di daerah Rembau.
Sedikit maklumat tentang gunung ini :
Anda akan berada di puncak berbatu yg mempunyai permandangan 360 darjah. Camp Site seluas gelanggang badminton dan lapang, sumber air sejam dari puncak, ada air terjun untuk mandi manda, ada kesan peninggalan sejarah macam tapak k...aki hg tuah dan sebagainya, tahap pendakian 2/10 sesuai untuk pendaki beginer dan pendaki amatur mengekalkan stamina.
Program yg julung-julung kalinya diadakan bagi membuka ruang kepada semua penggemar sukan lasak mendaki gunung dan juga kepada semua kawan yang baru saja berminat!
AGENDA:
Tarikh : 8-9 Jan 2011
Tempat :
Bayaran : PERCUMA
*kos pengangkutan dan makan adalah sendiri
Tentatif ringkas :
Sabtu 8 jan 2011
2.30 ptg - Berkumpul di KL (lokasi akan di info kemudian)
4.30 ptg - Mula mendaki Puncak Datok
6.30 ptg - Sampai di puncak
Ahad 9 Jan 2011
7.00 pg - Tengok Sunrise!!
8.00 pg - Breakfast dan berkemas
10.00 pg - Sesi bergambar
11.00 pg - Turun gunung
1.00 ptg - Pulang ke KL
*tentatif ini rangkaan kasar, mungkin boleh awal mungkin boleh lambat.
Bagaimana untuk kesana??
KERETA - terus menuju ke Tugu Keris Hutan Lipur di Rembau , hubungi kami bagi memudahkan anda untuk mencari lokasi
SENDIRI - kami sediakan pengangkutan dari KL ke Rembau (pergi balik) dengan bayaran ikut kepada perkongsian satu kereta.
Untuk sebarang sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan,
sms kami :
Ken - 019-451 8380
Fizal - 012-368 1790
atau email : krekokei@yahoo.com

No comments:

Post a Comment